Connect with us

FIFA

FIFA21: Faiq, Rentap naik ke Divisyen 1

Published

on

Foto: Wicked Esports

PASUKAN FIFA 21 tanah air, Wicked Esports berjaya mara ke Divisyen 1 FIFAe Club World Cup 2020 selepas mengakhiri minggu pertama kejohanan di tempat kedua dalam Divisyen 2.

Wicked Esports yang diwakili Faiq Iskandar Saiful Bahri (Faiq) dan Muhammad Naim Muhammad Hisham (Rentap) mengumpul mata 120 mata ketika ini.

Foto: Ringkasan keputusan perlawanan Wicked Esports minggu ini

Pasukan itu hanya ketinggalan 30 mata dengan pasukan Indonesia, RRQ yang mempunyai 150 mata.

“Malangnya kami tewas di pusingan Final kepada RRQ. Bagaimanapun, kami berjaya mencapai kedudukan dua teratas dalam Divisyen 2 yang seterusnya memberi peluang kami untuk beraksi di Divisyen 1 pada minggu hadapan.

“Kami sekali lagi mahu mengucapkan terima kasih kepada anda yang memberi sokongan dalam perjalanan diluar jangkaan kami ini.

“Kami bangga bawa nama Malaysia ke pusingan akhir,” kata Wicked Esports dalam satu catatan Instagram pada malam tadi.

Secara keseluruhan, Wicked Esports kini di ranking keenam dari 16 pasukan bertanding.

Ranking terkini FIFAe Club World Cup

FIFAe Club World Cup merupakan kejohanan rasmi dari badan bolasepak dunia iaitu FIFA dan ia akan memberikan mata tambahan kepada pemain-pemain yang bertanding bagi melayakkan diri ke kejohanan FIFAe World Cup.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved