Connect with us

FIFA

FIFA21: Faiq, Rentap jumpa RRQ hari ini

Published

on

Foto: Rentap (kiri) dan Faiq dari Wicked Esports berjaya mara ke peringkat yang seterusnya dalam kejohanan FIFAe Club World Cup 2020

KUALA LUMPUR – Dua pemain kompetitif e-sukan FIFA 21, Faiq Iskandar Saiful Bahri (Faiq) dan Muhammad Naim Muhammad Hisham (Rentap) dari pasukan Wicked Esports berjaya melepasi hari pertama kejohanan FIFAe Club World Cup 2020 yang berlangsung semalam.

Pada hari pertama kejohanan itu, kedua-dua pemain itu bertemu dengan pasukan senegara Team Haq dan menang 6-0.

Rentap yang bertanding dalam kategori konsol Playstation menang 4-2 menenang Iskandar Mirza Mohd Mustafa (Ismirza), manakala rakan sepasukannya Faiq menang 1-0 menentang Amirul Afandi (AmTuah) bagi kategori Xbox.

Duo itu kemudiannya menentang pasukan negara jiran, Indonesia, Raja Esports dengan mata kemenangan 6-3.

Menerusi kemenangan berturut-turut itu, Wicked Esports kekal berada di peringkat Upper Bracket (Kelompok Utama) kejohanan dan bakal bertemu dengan pasukan RRQ pada jam 6.30 petang nanti.

Foto: Jadual perlawanan FIFAe Club World Cup 2020 Divisyen 2

FIFAe Club World Cup merupakan kejohanan rasmi dari badan bolasepak dunia iaitu FIFA dan ia akan memberikan mata tambahan kepada pemain-pemain yang bertanding bagi melayakkan diri ke kejohanan FIFAe World Cup.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved