Connect with us

FIFA

6 pemain Malaysia sertai FIFAe Club World Cup esok

Published

on

Dari KIRI: Rentap, Ismirza, Ayen, Luqman, AmTuah, Faiq

ENAM pemain Malaysia bakal menyertai kejohanan dunia Piala Dunia Kelab FIFAe (FIFAe Club World Cup) yang akan bermula esok.

FIFAe Club World Cup merupakan kejohanan rasmi dari badan bolasepak dunia iaitu FIFA dan ia akan memberikan mata tambahan kepada pemain-pemain yang bertanding bagi melayakkan diri ke kejohanan FIFAe World Cup.

Kejohanan FIFAe Club World Cup mempunyai dua 2 kategori iaitu Playstation 4 dan Xbox One.

Ia akan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati.

Seramai enam atlet e-sukan Malaysia dari tiga pasukan e-sukan tanah air yang akan menyertai kejohanan tersebut. Pemain-pemain tersebut adalah:

  • Luqman Haziq (LuqmanHzq) – GBX Esports Team
  • Ahmad Shahrin (Ayen) – GBX Esports Team
  • Faiq Iskandar Saiful Bahri (Faiq) – Wicked eSports Team
  • Muhammad Naim Muhammad Hisham (Rentap) – Wicked eSports Team
  • Amirul Afandi (AmTuah) – Team Haq
  • Iskandar Mirza Mohd Mustafa (Ismirza) – Team Haq

Sebelum ini, LuqmanHzq dan Ayen pernah bergandingan dan berjaya merebut kejuaraan di kejohanan Gamergy di Madrid, Sepanyol pada tahun 2019.

“Kami akan mencuba sebaik mungkin untuk memastikan impian Malaysia memenangi kejohanan dunia yang diiktiraf oleh FIFA tercapai. Harapan kami adalah untuk bergelar juara di kejohanan FIFAe Club World Cup ini”, kata pengurus pasukan GBX Esports Team, Aris Danial.

GBX Esports Team merupakan satu kerjasama antara organisasi e-sukan FIFA tanah air, Gamesbond dan pasukan e-sukan popular tanah air Team Bosskurr. Pasukan itu juga mendapat sokongan dan tajaan dari Unifi, BenQ dan Occasin.

Sementara itu, pemain Team Haq, Amtuah berkata dia juga mengharapkan sokongan rakyat Malaysia kepada pasukannya.

“Saya mengharapkan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia untuk memberikan semangat kepada kami untuk kami berjaya, sekaligus mengharumkan nama Malaysia,” katanya ketika dihubungi WTM Today.

Faiq dari pasukan Wicked Esports Team pula berkata dia bangga dapat mewakili Malaysia dan menentang pasukan terbaik Asia.

“Kami akan cuba yang terbaik tapi kami akan memberi tumpuan dengan memberikan pemulaan kejohanan yang baik pada esok,” katanya ketika dihubungi WTM Today.

Kejohanan FIFAe Club World Cup boleh disaksikan secara langsung di Facebook Gamesbond dan Team Bosskurr, bermula jam 6 petang esok.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved