Connect with us

FIFA

FIFA 19: Luqman Haziq ke Madrid, sertai kejohanan Gamergy

Published

on

PEMAIN kompetitif bagi pasukan FIFA Gamesbond Esports, Luqman Haziq Hajiman bakal menyertai Festival Permainan Video dan E-sukan Gamergy, di Madrid Sepanyol pada 21 sehingga 23 Jun ini.

Festival yang dianjurkan Institusi Pameran Perdagangan Madrid (IFEMA) dan Liga Profesional Permainan Video (LVP) itu turut akan disertai juara Liga Yeah Asia Pulau Pinang 2019, Ahmad Shahrin Shaharudin.

Luqman dan Shahrin difahamkan telah berlepas ke Madrid pada malam tadi bersama-sama bahagian pengurusan dan jurulatih Gamesbond Esports.

Team GB bakal berangkat ke Madrid untuk mengiringi wakil dari Malaysia @luqmanhzq dan GS| shahrin ke kejohanan antarabangsa di GamergyDoakan perjalanan kami hala Madrid. #Gamesbond #RoadToMadrid

Posted by GamesBond on Wednesday, 19 June 2019

Gamergy kembali untuk edisi ke-10 pada tahun ini dan mensasarkan untuk melepasi jangkaan rekod penyertaan tahun lalu iaitu seramai 50,000 orang.

Selain FIFA 19, Gamergy turut menganjurkan e-sukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO), Clash Royale Orange Superleague dan Super Smash Bros. Ultimate.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved