FIFA
Darren Gan akan beraksi pada FIFA19 Global Series Playoff

PEMAIN Kompetitif FIFA Online 4 Darren Gan bakal beraksi pada kejohanan antarabangsa FIFA19 Global Series Playoff yang akan berlangsung di Jerman pada 12-14 Julai nanti.
Dalam satu ciapan pembangun e-sukan FIFA, EA Sports mengumumkan senarai pemain-pemain dari seluruh dunia yang layak ke kejohanan tersebut dan menyaksikan nama Darren turut tersenarai.
Darren sebelum ini pernah muncul sebagai juara Piala Kejohanan EA (EACC) 2018 terkenal dengan gelaran “No Server No Problem”.
Darren mencipta sejarah tersendiri apabila beliau mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi kejohanan EACC yang lalu dan membawa pulang sebahagian daripada RM418,000 pada November 2018.
Beliau turut memenangi Anugerah Pemain Terbaik dan Anugerah Penjaring Gol Terbanyak dalam kejohanan itu.