Connect with us

FIFA

Dari FIFA 19 ke FIFA Online 4, Shige teruja buat kemunculan sulung

Published

on

Terkenal dalam arena FIFA 19, Shige kini mencuba nasib dalam arena FIFA Online 4 dengan menyertai SEA Invitation Cup 2019 - Foto Facebook / Boon Shin Shige

Pemain kompetitif FIFA 19, Boon Shin (Shige) bakal membuat kemunculan sulung dalam kejohanan antarabangsa FIFA Online 4 (FO4) di SEA Invitation Cup 2019 di Thailand hari ini.

Shige berkata dia teruja apabila kapten FO4 Gamesbond, Darren Gan (RippedJean) mengajaknya untuk sertai kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM44,000.

“Saya rasa sangat teruja apabila Darren mengajak saya untuk sertai kejohanan ini kerana pentas FO4 sangat menakjubkan dan meriah.

“Cara permainan FO4 pula seakan-akan sama seperti FIFA 17 yang saya pernah main dulu. Saya akan aplikasikan pengalaman saya dalam kejohanan nanti.

“Bagi saya semuanya okay setakat ini, tapi perlu teruskan latihan sampai jadi sempurna. Sebelum ke Thailand, saya sudah menjalani latihan bersama-sama dengan RippedJean dan Ajim Hakim (zFeedMeMore) di Malaysia selama sebulan,” kata Shige ketika dihubungi WTM Today.

Graduan ijazah kewangan universiti swasta yang masih bersama pasukan FrostFire itu berhasrat untuk melakukan yang terbaik untuk negara dalam kejohanan itu.


Shige, zFeedMeMore dan juara EACC 2018 Ripped Jean merupakan atlet-atlet e-sukan Malaysia yang mewakili pasukan Gamesbond untuk kejohanan SEA Invitation Cup 2019 itu.

Dalam kejohanan itu yang bermula hari ini, Gamesbond bakal berdepan dengan pasukan Thailand TNB Blue dan pasukan Vietnam Vietnam Immortals bagi pusingan kumpulan B.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved