Connect with us

General

EVOS Esports sah kolaborasi dengan PUMA

Published

on

Foto: EVOS Esports

ORGANISASI e-sukan Asia Tenggara, EVOS Esports telah mengumumkan satu kolaborasi rasmi bersama syarikat pengeluar pakaian sukan terkemuka dari Jerman, PUMA.

Dalam satu kenyataan semalam, EVOS Esports berkata kolaborasi itu adalah termasuk jualan sut balapan (tracksuit) eksklusif bersama PUMA.

Setiap pembelian sut itu, pengguna juga akan menerima satu kod istimewa EVOS Battle Emote yang boleh ditebus dalam permainan Mobile Legends.

BACA: J Hunter, Qontra, Fattah Zie sertai EVOS

“Kami teruja untuk mengadakan kerjasama dengan jenama global seperti PUMA yang memahami nilai dalam menghubungkan generasi muda menerusi e-sukan.

“Kami berharap dapat mengadakan satu kolaborasi yang bermakna dan memberi pendedahan yang lebih besar mengenai PUMA dalam kalangan komuniti e-sukan,” kata CEO EVO Esports, Ivan Yeo.

Sementara itu, pihak PUMA Malaysia juga berkata kerjasama itu dilihat sebagai satu langkah baik untuk memasuki pasaran e-sukan.

“Kerjasama dengan EVOS Esports dapat membantu pihak PUMA untuk melibatkan diri dalam e-sukan dan gaming, terutama di peringkat tempatan.

“Kami percaya, kerjasama ini juga akan menjadikan PUMA untuk terus meneraju dalam mempopularkan pertumbuhan industri ini,” kata Pengurus PUMA Malaysia, Steven Tan dalam kenyataan bersama.

Selain PUMA, EVOS Esports telah mengadakan kerjasama dengan lebih 40 jenama seperti Lazada, Pop mie, dan J&T Express.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved