Connect with us

PUBG Mobile

J Hunter, Qontra, Fattah Zie sertai EVOS

Published

on

SELEPAS kira-kira 3 jam mengumumkan persaraan sementara, pengulas e-sukan popular Azrul Anwar (J Hunter) kembali ke arena selepas dipilih menjadi Duta Jenama EVOS VIP.

Perkara itu diumumkan organisasi e-sukan Asia Tenggara, EVOS Esports, cawangan Malaysia dan Singapura (EVOS SGMY) di YouTube hari ini.

Selain J Hunter, EVOS SGMY turut mengumumkan penghibur penstriman langsung popular tempatan, Mohd Fattah Zakaria (Fattah Zie) sebagai duta EVOS VIP.

Dalam video berdurasi 3 minit itu turut menampilkan bekas pengurus Resurgence, Aaron Chan, (Qontra) yang akan memegang tanggungjawab baru dalam EVOS SGMY sebagai Ketua Pembangunan Bakat.

Nama Fattah Zie dan J Hunter bukan satu nama asing dalam kalangan komuniti e-sukan, terutama PUBG Mobile.

Fattah Zie kini mempunyai 551,688 pengikut di Facebook Gaming. Manakala J Hunter yang popular dengan rancangan Jelodi mempunyai 208,000 di platform yang sama.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved