Connect with us

PUBG Mobile

Jangs pintar, bersemangat tinggi -CEO Bigetron

Published

on

Foto: WTM Today / Mariah Ahmad

APABILA disoal mengenai pemilihan jurulatih profesional Muhammad Farhan Abdul Gaffar (Jangs) ke dalam skuad PUBG Mobile Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) sebagai ketua jurulatih, Ketua Pegawai Eksekutif Bigetron Esports Edwin Chia (Starlest) menyifatkan ia sebagai satu keputusan yang mudah berikutan beberapa ciri-ciri yang berkualiti yang ada pada Jangs.

Menurut Starlest, Jangs mempunyai kepintaran dan pengalaman yang diperlukan untuk memegang peranan sebagai jurulatih bertaraf dunia itu.

“Menerusi temu bual bersama Jangs, kami berpendapat bahawa dia seorang yang bersemangat tinggi dalam bidang e-sukan.

“Jangs seorang yang pintar sebagai seorang jurulatih dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini, lagi-lagi merupakan dia mempunyai pengalaman sebagai pemain profesional.

“Antara kriteria yang kami titik berat termasuklah mendapat persetujuan daripada pihak pemain mengenai kemasukan jurulatih baharu,” jelas Starlest.

Foto: JangS/ Facebook Gaming

Sebelum ini, Startlest juga pernah mendapatkan perkhidmatan jurulatih Malaysia Khairunazri Mazli (Boyka) dan memenangi Kejohanan Dunia PUBG Mobile Club Open Musim Luruh 2019.

Dalam siaran langsung Jangs juga, dia turut berkongsi hasratnya untuk berlepas ke Indonesia bagi memulakan latihan bersama pemain Bigetron RA.

Menurutnya, dia berancang untuk sampai di pusat latihan Bigetron selewat-lewatnya pada minggu kedua kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL ID) 2021.

“Masalah VISA semua sedang diurus dan saya berharap dapat berlepas ke Indonesia secepat mungkin.

“Jika semua berjalan secara lancar, mungkin hujung bulan ini,” jelas Jangs dalam penstriman itu.

Jangs kini menggalas tanggungjawab untuk memperbaiki prestasi pasukan bekas juara dunia itu selepas Bigetron RA gagal mempertahankan kejuaraan mereka di Kejohanan PUBG Mobile Global 2020 yang berlangsung Januari lalu.

Jangs akan memulakan kerjayanya sebagai jurulatih utama pasukan Bigetron RA pada kejohanan PMPL Indonesia yang akan bermula pada 24 Mac nanti.

Pasukan itu berada dalam kumpulan A bersama Genesis Dogma, Boom Esport dan pasukan 21 Esport.

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved