Connect with us

PUBG Mobile

JangS sah sertai Bigetron Red Aliens sebagai jurulatih

Published

on

Jurulatih PUBG Mobile profesional negara Muhammad Farhan Abdul Gaffar (Jangs) sah akan bertindak sebagai jurulatih bagi pasukan terbaik Indonesia Bigetron Red Aliens.

Perkara ini baru diumumkan petang tadi melalui laman Instagram rasmi Bigetron Esports.

Menurut Bigetron Esports, Jangs akan berkhidmat sebagai jurulatih pasukan PUBG Mobile bertaraf dunia itu mulai hari ini.

“Kemampuan dan pengalaman Jangs yang memukau akan melengkapi pasukan BTR Alien,” kata Bigetron Esports!

https://www.instagram.com/p/CMjpTNbrWzQ/

Kemasukan JangS ke dalam pasukan Bigetron RA sekaligus menjadikannya jurulatih tanah air kedua yang akan bertugas untuk pasukan luar tersebut selepas Khairunnazri Masli (Boyka) yang menggalas tanggungjawab tersebut dua tahun lalu.

JangS akan memimpin sebuah pasukan veteran yang dibarisi Made Bagas Pramudita (Zuxxy), Made Bagus Prabaswara (Luxxy), Muhammad Albi (Ryzen), Leander Deusfiel (Liquid) dan Galang Yoga (Kingz).

Penglibatan JangS dalam arena e-sukan tanah air tidak lagi asing dalam kalangan peminat PUBG Mobile apabila berjaya memimpin bekas pasukannnya, Team Secret MY untuk layak ke kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) dan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Sebagai seorang bekas pemain profesional bagi permainan Player Unknowns BattleGrounds bagi pasukan Geek Fam dan Orange Esports, JangS turut mempunyai banyak pengalaman dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti:

  • Kejohanan PUBG MY/ SG 2018 (Juara)
  • Kejohanan JIB Asia Tenggara 2018 (Ketujuh)
  • Peringkat Akhir Logitech G PUBG Master 2018 (Naib Juara)
  • Kelayakan Kejohanan PUBG MY/SG (Juara)
  • Kelayakan Wildcard MET Community Cup (Juara)

Dalam satu siaran langsung pendek melalui laman Facebook Gaming, JangS turut mengumumkan bahawa dia berancang untuk berlepas ke Indonesia secepat mungkin untuk memulakan latihan intensif bersama pemain-pemain Bigetron RA.

JangS akan memimpin pasukan Bigetron RA dalam Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL ID) yang akan bermula pada 24 Mac ini.

Pasukan Bigetron RA akan bertarung di bawah Kumpulan B bersama Boom Esports, 21 Esports dan Genesis Dogma.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved