General
Samsung Galaxy A32, layan stream dengan skrin terbaik

APABILA seseorang penonton meluangkan masa untuk menikmati kandungan hiburan sama ada menonton klip video atau penstriman langsung streamer kegemaran, paparan skrin yang baik semestinya memainkan peranan utama.
Itu yang ada pada Samsung Galaxy A32 kerana ia dilengkapi dengan paparan Super AMOLED Infinity-V yang menghasilkan imej yang jelas dan cantik.
Paparan Super AMOLED itu juga dilengkapi dengan kadar segar semula 90Hz bagi memaparkan imej atau video dengan lebih ketara.
Ia juga memberikan pengalaman pengskrolan yang lebih mudah kepada pengguna apabila jika ingin menggunakan aplikasi lain.
Peranti itu juga menggunakan paparan skrin yang lebih besar iaitu, 6.5inci HD dan mempunyai tahap kecerahan sehingga 800nits walaupun di bawah sinaran matahari.
Bateri tahan lama
Sudah tentunya jika kita menonton penstriman langsung ia juga akan menggunakan bateri yang banyak.
Namun, kehadiran bateri 5,000mAH dalam Samsung Galaxy A32 memberikan kepuasan pada pengguna tidak kira masa.
Samsung Galaxy A32 juga dilengkapi dengan Adaptive Fast Charging dengan 15W yang membolehkan bateri dicas penuh dengan laju.
Ringan
Percaya atau tidak, Samsung Galaxy A32 hanya mempunyai berat sebanyak 184g. Ia ringan dan tidak membebankan tangan untuk menonton pentriman langsung atau apa-apa kejohanan e-sukan yang selalunya berlangsung dalam tempoh yang agak lama.
Game Booster
Perisian dalaman Game Booster Samsung Galaxy A32 mengawal prestasi permainan dan mengubah pengesetan secara automatic termasuk hayat bateri, suhu dan penggunaan memori untuk memberikan pengalaman terbaik apabila bermain game.

RAM agak besar, 8GB
Jangan risau mengenai kelancaran apabila menggunakan aplikasi kerana Samsung Galaxy A32 mempunyai kapasiti 8GB RAM.
Ia juga mempunyai storan besar iaitu dengan kapasiti memori dalaman 128GB dan boleh ditambah sehingga 1TB menerusi kad MicroSD.
Galaxy A32 tersedia dalam empat warna yang menarik iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue, dan Awesome Violet.
Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A32, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a32-awesome-violet-128gb-sm-a325flvixme