Connect with us

General

VBL: Amtuah minta maaf, Thailand rampas gelaran juara

Published

on

Juara Asia Tenggara sebanyak tiga kali, Amirul Afandi (AmTuah) memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas tewas dalam kejohanan Virtualle Bundesliga Asia Tenggara. - Foto paparan skrin Facebook / eGG Network

Pemain kompetitif FIFA 19 daripada pasukan Gamesbond Amirul Afandi (AmTuah) memohon maaf apabila gagal mempertahankan gelaran juara kejohanan Virtual Bundesliga (VBL) Asia Tenggara.

AmTuah berkata dia akur dengan mutu persembahan yang dipamerkan daripadanya memang kurang memuaskan.

“Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Memang satu persembahan yang teruk. Saya tidak dapat mengekalkan kejuaraan kejohanan, hanya mampu meraih tempat ketiga,” kata AmTuah dalam satu kenyataan semalam.

AmTuah berkata demikian selepas tewas kepada juara kejohanan tersebut, Wisuwat Bhundhoombhoad pada semi final.

Finished 3rd place jointed with Rainesual . Bad performance from me. Can’t defend the title. I’m sorry to all malaysian….

Posted by Amirul "AmTuah" Afandi on Sunday, 31 March 2019

Dalam pusingan semi final itu, AmTuah yang merupakan juara Asia Tenggara sebanyak tiga kali, kalah 0-8 kepada pemain Thailand tersebut.

Sementara itu, seorang lagi wakil Malaysia Putra Sufrie Nizam Subardron berjaya mara ke suku akhir kejohanan tersebut selepas memenangi peringkat kelayakan tempatan pada Sabtu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mendapat tempat ke-enam dalam kejohanan ini.

“Saya sangat gembira kerana ini pertama kali saya mewakili Malaysia dan bertanding dalam kejohanan antarabangsa. Memang satu pengalaman bermakna bagi saya.

“Jika diberi peluang sekali lagi untuk mewakili Malaysia, saya akan ambil pengalaman itu dan memberikan saingan yang lebih baik pada masa akan datang,” kata Putra yang baru berusia 18 tahun itu.

Kejohanan Virtuelle Bundesliga Asia Tenggara yang berlangsung di Battle Arena, Petaling jaya itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM10,000.

Juara kejohanan tersebut membawa hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan layak ke final Siri Antarabangsa TAG Heuer VBL yang bakal berlangsung di Jerman.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved