Connect with us

General

Penganjur ada hak untuk ‘ban’, pemain ada hak untuk protes

Published

on

Pemain juga mempunyai hak untuk memboikot atau memberi protes kepada penganjur jika tidak setuju dengan keputusan yang dilakukan. - Foto fail

Penganjur mempunyai hak untuk mentafsir peraturan berdasarkan penilaian dan kapasiti mereka sendiri untuk memastikan kelancaran kejohanan e-sukan yang dianjurkan.

Penganalisis bebas yang hanya mahu dikenali sebagai TPK berkata tidak kiralah bagaimana tanggapan orang lain mengenai penganjur yang mungkin melakukan kesilapan atau bertindak berat sebelah,  mereka juga mempunyai hak dalam skop bidang kuasa peraturan (Rules & Regulations) tersendiri.

“Penganjuran sesebuah kejohanan lebih rumit berbanding hanya menyertainya. Sudah tentunya penganjur tidak boleh puaskan hati semua orang dengan keputusan yang dilakukan.

“Saya percaya setiap penganjur telah mempertimbang setiap perkara dari seluruh aspek sebelum membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

TPK pernah bergiat aktif dalam industri e-sukan antara tahun 2008 sehingga 2010 sebagai orang belakang tabir dan pemain bagi kategori bola sepak dan simulasi perlumbaan.

Selepas memilih untuk bersara daripada industri e-sukan, dia kini berkhidmat dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sementara itu, TPK berkata pemain sepatutnya tahu setiap peraturan yang disediakan apabila mereka menyertai sesebuah kejohanan.

Pemain juga mempunyai hak untuk memboikot atau memberi protes kepada penganjur jika tidak setuju dengan keputusan yang dilakukan.

“Penganjur menggunakan bidang kuasa yang mereka ada dan pemain boleh protes untuk hak mereka. 

“Namun jika penganjur memilih untuk meneruskan keputusan yang telah ditetapkan, pemain ada pilihan untuk akur atau tarik diri.

“Apa-apa keputusan sudah pasti akan memberi kesan pada masa akan datang,” tambahnya.

TPK berkata demikian bagi mengulas konflik antara pemain kompetitif Pro Evolution Soccer (PES) Abdul Razak Khairuddin (Arkaah) dan penganjur kejohanan e-sukan Axis Esports.

Dalam konflik itu, Arkaaah berkata Axis Esports bertindak berat sebelah dalam liga APL, manakala Axis pula memberi reaksi dengan mendakwa Arkaaah cuba mensabotaj pihaknya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved