Connect with us

Pro Evolution Soccer

APL: Arkaaah cuba sabotaj – Axis

Published

on

Axis Esports membuat keputusan untuk melarang pemain kompetitif Arkaaah daripada menyertai kejohanan yang dianjurnya selepas ini. - Foto Facebook / Axis Esports

Penganjur Kejohanan Liga Pro Evolution Soccer Axis (APL), Axis Esports mendakwa kenyataan yang dikeluarkan pemain kompetitif Abdul Razak Khairuddin (Arkaah) semalam dilihat cuba mensabotaj pihaknya.

Pengarah Axis Esports, Syed Fakrurrozi Syed Agil berkata dia tidak memahami mengapa Arkaaah berkelakuan demikian memandangkan keputusan penganjur tidak mempunyai kaitan dengan Arkaaah.

“Pertamanya, dia tidak layak untuk ke pusingan Top 32. Keputusan kami untuk membenarkan pemain lain untuk ke pusingan seterusnya juga tidak mempunyai kaitan dengan Arkaaah.

“Kami telah cuba memberi penjelasan yang sebaiknya kepada Arkaaah. Tetapi dia memilih untuk mengeluarkan kenyataan secara terbuka dan merosakkan reputasi kami.

“Pada saya, dia cuba untuk mensabotaj kami dan kami hanya mahu mempertahankan diri,” katanya kepada WTM Today.

Larangan sertai kejohanan Axis

Berikutan situasi itu juga, Syed Fakrurrozi juga berkata Arkaaah secara rasmi dilarang untuk menyertai sebarang kejohanan anjuran Axis Esports.

“Kami akan pulangkan yuran pendaftaran dan jersi kejohanan seperti yang dijanjikan.

“Arkaah juga secara rasmi dilarang untuk menyertai sebarang kejohanan kami selepas ini,” katanya.

Tambah Syed Fakrurrozi lagi, sebagai penganjur mereka menggunakan duit sendiri dan menetapkan peraturan tersendiri bagi liga tersebut.

Semalam, Arkaah yang juga bekas wakil negara ke peringkat Asia pada 2015 dan 2017, meluahkan kekecewaannya mengenai dengan penganjuran Liga APL Axis.

BACA: APL: Peraturan Axis berat sebelah – Arkaaah

Menurut Arkaah, peratutan penganjuran liga itu dilihat seperti berat sebelah apabila ada pemain tertentu yang tewas pada pusingan Top 64 sebelum ini, tiba-tiba layak ke Grand Final.

“Bagaimana ada pemain yang sebelum ini kalah pada peringkat Top 64 boleh layak ke pusingan penentu esok? 

“Saya tanya mereka kenapa tidak buat undian lain, alasannya kerana ada pemain yang layak tetapi tidak dapat hadirkan diri,” soal Arkaah.

Kejohanan Grand Final Liga Axis yang berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada hujung minggu ini disertai 30 pemain Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang terkumpul RM35,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved