Connect with us

Pro Evolution Soccer

PES: Indonesia dominasi APL, pemain berusia 16 tahun muncul juara

Published

on

Kejohanan Axis Pro Evolution Soccer League (APL) Musim Pertama menyaksikan Indonesia mendominasi kedudukan lapan teratas pada pusingan penentu. - Foto Facebook / Axis Esports

Pemain muda Indonesia yang baru berusia 16 tahun, Rizky Faidan muncul juara dalam kejohanan Axis Pro Evolution Soccer League (APL) Musim Pertama pada hujung minggu lalu.

Rizky Faidan yang juga merupakan juara PES Asia Tenggara, menewaskan pemain daripada Vietnam, Le Do Hoang Quan, 3-1 pada final.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2000 serta RM1000.

Pada kejohanan yang berlangsung di Quill City Mall itu turut menyaksikan negara jiran, Indonesia mendominasi pada Grand Final kejohanan APL tersebut apabila Sakti Aulia Sulistyo dan Adhitia Putra Herawan meduduki tempat ketiga dan keempat. 

Sementara itu, wakil Malaysia Mohd Hafiz Mohd Roslan dan Zainul Ariffin Burhanuddin masing-masing berada di kedudukan lapan teratas APL, bersama-sama pemain Vietnam Ngo Vinh Quan dan pemain Indonesia Setia Widianto. 

Kesemua pemain yang berada di kedudukan lapan teratas APL musim pertama itu bakal mendapat jemputan terus (direct invite) ke Grand Final APL yang akan berlangsung pada bulan 10 nanti.

Grand Final APL telah disertai 30 pemain Asia Tenggara dan dianjurkan bersama WEPES Malaysia E-League

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved