Connect with us

Pro Evolution Soccer

#ThaiELeaguePro: PT Prachuap FC E-sport cari pemain import

Published

on

PT Prachuap FC E-sport merupakan antara kelab e-sukan yang bermain untuk E-Liga Toyota. - Foto Facebook / PT Prachuap FC E-sport

KELAB e-sukan bola sepak Pro Evolution Soccer 2019 Thailand, PT Prachuap FC E-sport kini dalam misi mencari pemain import.

PT Prachuap FC E-sport berkata satu pertandingan atas talian (online) akan diadakan untuk mencari pemain yang akan bernaung di bawah pasukan itu.

“Permohonan dibuka sehingga 5 Ogos dan peserta yang memenangi pertandingan atas talian untuk sesi pencarian pemain ini akan menandatangani kontrak bersama kami,” kata PT Prachuap FC E-sport.

Dalam satu kenyataan, PT Prachuap FC E-sport berkata dalam aplikasi permohonan, peserta perlu menyediakan : 

  • Gambar passport
  • Profil Facebook
  • PSN ID 
  • Akaun YouTube

Jelas PT Prachuap FC E-sport, dalam format pertandingan kalah mati, peserta perlu menggunakan kelab bola sepak pasukan itu untuk dua perlawanan dalam PES dan dua lagi pasukan lain yang ada di dalam Liga Thai.

PT Prachuap FC E-sport merupakan antara kelab e-sukan yang bermain untuk E-Liga Toyota.

Sebelum ini dua pemain profesional tanah air Mohamad NorHaikal Mohamad Noh dan Muhammad Khairul Abdul Aziz pernah bermain untuk liga e-sukan tersebut selama dua musim di bawah pasukan Port FC dan Police Tero Esports.

Bagi anda yang mahu mencuba, boleh hantarkan pesanan di peti masuk Facebook PT Prachuap FC E-sport.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved