Connect with us

Pro Evolution Soccer

PES: Tak sangka dilayan seperti pemain bola sepak sebenar

Published

on

Pemain e-sukan Pro Evolution Soccer (PES) tanah air yang kini bermain di Liga Profesional Thailand, Mohamad NorHaikal Mohamad Noh dan Muhammad Khairul Abdul Aziz bersyukur apabila diberi peluang sekali lagi untuk bermain dalam liga itu.

Haikal dan Khairul yang masing-masing bermain untuk pasukan Port FC dan Police Tero Esports berkata latihan berterusan perlu dilakukan untuk memberi saingan yang baik kepada pemain-pemain antarabangsa yang lain.

“Alhamdulillah kami berdua diberikan peluang lagi untuk bermain dalam liga ni.

“Kami akan sentiasa cuba yang terbaik dalam kalangan yang terbaik untuk musim ini kerana saingan semakin sengit. Ramai pemain baharu dan kuat dari seluruh Asia, terutama dari Jepun.

“Kami akan sentiasa berusaha dengan berlatih dengan lebih kuat supaya dapat memberi saingan dengan pemain lain,” kata Haikal ketika dihubungi WTM Today baru-baru ini.

Menurut Haikal, meskipun dia dan Khairul tidak lagi bersama dalam satu pasukan, mereka tetap bernaung di bawah agensi yang sama iaitu MSC Ceberus.

Haikal berkata mereka bersyukur kerana dilayan seperti pemain bola sepak profesional.

“Tak sangka sekarang menjadi pemain profesional yang begaji dan dilayan seperti pemain bola sepak sebenar.

“Kami akan sentiasa berusaha kerana musim ini dilihat sangat mencabar. Namun peluang tetap ada, kami akan cuba semampu boleh.

“Kami harap semua rakyat Malaysia mendoakan kami,” tambahnya.

Nama Haikal dan Khairul muka meningkat naik apabila mereka terpilih untuk menjadi duo e-sukan negara ke Sukan Asia tahun lalu.

Dalam temasya sukan antarabangsa yang berprestij itu, mereka berjaya memperoleh tempat ke-empat.

Selepas selesai kejohanan tersebut, mereka dipelawa untuk menyertai Port FC, iaitu sebuah kelab e-sukan di Thailand.

Haikal dan Khairul kini sedang menyertai kejohanan E-Liga Toyota di Thailand yang sebelum ini dikenali sebagai E-Liga Pro Thailand.

Bagi anda yang mahu menyaksikan kehebatan mereka dan memberi sokongan kepada kedua-dua pemain berbakat itu boleh menonton secara langsung di Facebook Toyota E-League pada setiap hujung minggu.

New Season 2019 Thai E-League Pro..Keron nk ucap terima kasih Port fc kerana memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada…

Posted by Muhamad Khairul Abdul Aziz on Friday, 5 April 2019
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved