Connect with us

Pro Evolution Soccer

Haikal, JDT dalam kumplan B Kejohanan eFootball Elite

Published

on

Foto: Facebook / JDT, Haikal MohamadNoh

Pemain e-sukan PES 2021, Mohamad NorHaikal Mohamad Noh (Haikal) dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diundi dalam Kumpulan B untuk Kejohanan Elit eFootball 2021.

Menurut JDT, pasukan itu akan bersaing dengan Buriram United, Ho Chi Minh City FC dan Tampines Rovers dalam kumpulan B. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

Kejohanan Elit eFootball 2021 akan disiarkan secara langsung jam 7 petang pada 9 September nanti di Facebook

Haikal akan menyertai kejohanan Champions eFootball bersama pemain bola sepak profesional JDT, Mohamadou Sumareh.

Mohamad NorHaikal bukan satu nama asing dalam industri e-sukan Malaysia.

Dia merupakan peserta separuh akhir Sukan Asia 2018 dan antara wakil Malaysia terbaik untuk PES 2020.

Haikal juga merupakan pemain pertama Malaysia yang bermain dalam Liga Thailand iaitu, Toyota E-League Pro 2019. Dia bermain bersama pasukan Port FC.

Antara pencapaian tertinggi Haikal dalam liga itu adalah berada dalam kelompok enam pemain terbaik.

Haikal akan bermain untuk Kejohanan Elit eFootball 2021 bersama pemain bola sepak profesional JDT, Mohamadou Sumareh pada 9 September sehingga 7 Oktober nanti.

Menurut JDT, pasukan-pasukan lain yang akan bertanding dalam Champions eFootball adalah Buriram United FC dan Chonburi FC dari Thailand, Persib Bandung FC dari Indonesia, Tampines Rovers FC dari Singapura, United City FC dari Filipina, Nagaworld FC dari Kemboja dan Ho Chi Minh City FC dari Vietnam.

Pengasas, pengarang dan penerbit What's The Meta.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved