Connect with us

Pro Evolution Soccer

Bosskurr bakal buka divisyen PES 2020 bermula Oktober

Published

on

Permainan video PES 2020 boleh didapati bermula 12 September nanti bagi rantau Asia. - Foto konami.com

ORGANISASI e-sukan tanah air, Team Bosskurr (Bosskurr) bakal membuka divisyen permainan video baharu di bawah naungannya iaitu e-sukan bola sepak PES 2020 pada Oktober nanti.

Pengurus Bosskurr Nureddy Nursal (Daddy) berkata pihaknya kini dalam misi pencarian untuk mencari bakat-bakat yang bersesuaian bagi mewakili pasukannya untuk PES 2020.

“Kami akan ke Sabah untuk berbincangan dengan pempengaruh (influencer) Micahoya TV berkenaan rancangan ini.

“Divisyen ini akan diberikan tumpuan untuk menyertai kejohanan besar di dalam dan luar negara. Kami mahu sekurang-kurangnya Bosskurr mempunyai wakil dalam e-sukan bola sepak ini.

“Satu program khusus untuk divisyen PES 2020 Bosskur akan dilaksanakan pada tahun depan, jadi melakukan persiapan awal dengan mencari pemain-pemain yang berminat,” kata Daddy ketika dihubungi What’s The Meta.

Menurut Daddy, struktur pengurusan divisyen PES 2020 Bosskur akan diselaraskan pada awal Oktober nanti.

Jelasnya, pengurus bagi divisyen e-sukan juga akan diumum kelak.

Apabila ditanya sama ada Bosskurr berminat untuk membuka divisyen FIFA, Daddy berkata: “Memang dalam perancangan juga cuma yang pasti ketika ini PES akan menjadi keutamaan,” katanya.

PES 2020 merupakan divisyen platform PS4 pertama daripada Bosskurr yang sebelum ini memberi tumpuan kepada e-sukan mudah alih seperti Mobile Legends : Bang Bang dan PUBG Mobile.

Permainan video PES 2020 boleh didapati bermula 12 September nanti bagi rantau Asia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved