Connect with us

Pro Evolution Soccer

Haikal teruja JDT debut esports

Published

on

Foto: FB / JOHOR Southern Tigers, Haikal Noh

Pemain e-sukan PES 2021, Mohamad NorHaikal Mohamad Noh (Haikal) tidak mahu mensia-siakan peluangnya sebagai wakil Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Kejohanan Champions eFootball pada September nanti.

Jelasnya, dia mahu membuktikan e-sukan sebagai salah satu perkara yang perlu dipandang serius.

“Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur. Ini cita-cita saya selama ini untuk mewakili pasukan negeri saya sendiri. Saya akan cuba sedaya upaya demi Johor Darul Ta’zim.

“Saya sangat teruja dan saya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk membuktikan e-sukan adalah salah satu sukan yang penting. Saya tahu ini tugas yang berat. Saya tidak akan toleh ke belakang.

“Saya berharap semua peminat PES di Malaysia dapat beri sokongan kepada saya,” katanya kepada WTM Today.

Mohamad NorHaikal bukan satu nama asing dalam industri e-sukan Malaysia.

Dia merupakan peserta separuh akhir Sukan Asia 2018 dan antara wakil Malaysia terbaik untuk PES 2020.

Haikal juga merupakan pemain pertama Malaysia yang bermain dalam Liga Thailand iaitu, Toyota E-League Pro 2019. Dia bermain bersama pasukan Port FC.

Antara pencapaian tertinggi Haikal dalam liga itu adalah berada dalam kelompok enam pemain terbaik.

Pada 9 September – 7 Oktober nanti, Haikal akan menyertai kejohanan Champions eFootball bersama pemain bola sepak profesional JDT, Mohamadou Sumareh.

Menurut JDT, pasukan-pasukan lain yang akan bertanding dalam Champions eFootball adalah Buriram United FC dan Chonburi FC dari Thailand, Persib Bandung FC dari Indonesia, Tampines Rovers FC dari Singapura, United City FC dari Filipina, Nagaworld FC dari Kemboja dan Ho Chi Minh City FC dari Vietnam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved