Connect with us

Pro Evolution Soccer

APL: Peraturan Axis berat sebelah – Arkaaah

Arkaaah persoal keputusan Axis yang membenarkan pemain yang tewas Top 64 untuk bermain pada Grand Final APL.

Published

on

Abdul Razak Khairuddin (Arkaah) mula bergiat aktif dalam e-sukan PES pada 2014 dan pernah mendapat kedudukan ke-empat terbaik Asia pada 2017. - Foto Facebook / Abdul Razak Khairuddin

Bekas wakil negara ke peringkat Asia bagi acara e-sukan Pro Evolution Soccer (PES) Abdul Razak Khairuddin (Arkaah) meluahkan kekecewaannya mengenai dengan penganjuran Liga APL Axis.

Menurut Arkaah, peratutan penganjuran liga itu dilihat seperti berat sebelah apabila ada pemain tertentu yang tewas pada pusingan Top 64 sebelum ini, tiba-tiba layak ke Grand Final liga itu esok.

“Bagaimana ada pemain yang sebelum ini kalah pada peringkat Top 64 boleh layak ke pusingan penentu esok? 

“Saya tanya mereka kenapa tidak buat undian lain, alasannya kerana ada pemain yang layak tetapi tidak dapat hadirkan diri.

“Saya minta mereka untuk keluarkan slot pemain itu kerana ia tidak adil bagi pemain lain yang kalah pada Top 64 juga. Namun mereka balas tiada masa untuk mengubah,” katanya ketika dihubungi WTM Today semalam.

Berikutan situasi itu, Arkaah turut memuat naik satu kenyataan di Facebook dengan menyatakan hasrat untuk tidak menyertai kejohanan yang bakal dianjurkan Axis pada akan datang.

Dalam kenyataan Arkaah dalam turut mendapat reaksi daripada penganjur tersebut, Axis Esports yang menyatakan: “Nak kena ban (peraturan larangan) budak ni. 

“Dia ingat senang ke nak buat event (acara).  Nak sabotag je kerja dia. 

“Kami ada banyak program besar bagi PES dan FIFA dan Malaysia. Kalau tak suka jangan masuk lain kali.”

Axis Esports meninggalkan komen di ruangan post Arkaaah pada Jumaat.

Arkaah merupakan antara pemain kompetitif tempatan dan sebelum ini berjaya mewakili Malaysia dan Asia Tenggara pada 2015 bagi kejohanan PES League Regional Asia Finals, di Korea.

Dalam kejohanan tersebut, Arkaah meraih tempat ke-empat.

Dia juga sekali lagi layak ke kejohanan peringat Asia tersebut pada 2017.

Grand Final Liga Axis bakal disertai 30 pemain Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang terkumpul RM35,000.

Kejohanan itu turut dianjurkan bersama WEPES Malaysia E-League.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved