Connect with us

General

Kementerian Wilayah Persekutuan peruntuk RM500,000 untuk e-sukan

Published

on

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad sedang mencuba salah sebuah permainan video dalam acara pelancaran ESKL semalam di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan. - Foto ESKL

SERI KEMBANGAN – Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk merancakkan lagi aktiviti melibatkan sukan elektronik (e-sukan) di negara ini.

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata peruntukkan akan diusahakan pihaknya untuk diperolehi daripada sektor swasta secara berperingkat bagi tujuan inisiatif menggalakkan aktiviti dalam industri e-sukan.

“Kami juga menyokong penuh inisiatif Persatuan E-Sukan Kuala Lumpur (ESKL) untuk menganjurkan Majlis Malam Anugerah dan Santapan Malam DiRaja.

“Inisitiatif itu dilihat dapat mengangkat dan mengiktiraf para pemain industri serta para atlet industr e-sukan di Malaysia,” katanya dalam satu ucapan perasmian pelancaran ESKL di Hotel Palace of The Golden Horses, di sini, semalam.

Dalam perasmian itu turut dihadiri Pemangku Presiden Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) Datuk Ananth S. Nathan, Naib Presiden Kandungan Kreatif dan Innovasi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Hasnul Hadi Samsuddin dan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hashim.

Selain pelancaran tersebut, beberapa kerjasama telah dimeterai dalam majis tersebut yang melibatkan organisasi-organisasi e-sukan termasuk Axis Esports, Gamesbond, The Pantheon, BLVCK BOX dan ServerDNA.

Sementara itu, dalam satu ciapan hari ini Khalid mengucapkan tahniah kepada penganjur dengan majlis tersebut.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved