Connect with us

General

E-sukan bukan milik eksklusif KBS, MDEC – Hisham ESKL

Published

on

SERI KEMBANGAN – Presiden Persatuan E-Sukan Kuala Lumpur (ESKL) Hisham Darus menegaskan industri sukan elektronik (e-sukan) bukanlah milik ekskulsif mana-mana pihak.

Beliau berkata kemajuan industri e-sukan memerlukan sokongan dan dokongan padu daripada komuniti untuk berjaya dan bukan terletak kepada satu institusi sahaja.

“E-sukan bukan milik eksklusif ESKL, Axis Esports atau pun Gamesbond. Bukan milik KBS ataupun MDEC.

“Ia milik kita semua dan menjadi tanggunggjawab kita sebagai pemegang taruh (stakeholders) untuk memastikan kesepakatan yang erat bagi membawa industri dan atlet-atlet e-sukan di Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

“Justeru itu, ESKL tidak ingin diibaratkan sebagai gunting yang memutuskan tetapi ingin menjadi jarum yang benang untuk menyatupadukan,” katanya dalam satu ucapan dalam majlis pelancaran ESKL di Palace of The Golden Horses, di sini, semalam.

Pelancaran ESKL itu dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yang turut mengumumkan kementeriannya akan memperuntukkan RM500,000 untuk e-sukan.

Hisham Darus (empat dari kiri) sedang memberi penerangan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Pemangku Presiden ESM Datuk Ananth S. Nathan. – Foto Facebook / ESKL

Majlis tersebut turut dihadiri Pemangku Presiden Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) Datuk Ananth S. Nathan, Naib Presiden Kandungan Kreatif dan Innovasi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Hasnul Hadi Samsuddin dan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hashim.

Menurut Hisham, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi-agensi tertentu untuk membuat gerakan bagi memberikan penerangan serta pendedahan mengenai e-sukan kepada masyarat.

Jelas Hisham, usaha itu adalah bagi memecah tembok stigma e-sukan dan atletnya demi kemajuan sukan negara.

Beliau turut menyatakan objektif ESKL berteraskan kepada empat elemen:

  • Promosi
  • Pendidikan
  • Pertandingan
  • Pengiktirafan

Hisham dalam ucapannya juga memohon pertimbangan Khalid untuk menyediakan ruang premis dan peruntukan khas bagi tujuan penyediaan fasiliti Pusat Latihan E-Sukan bagi melatih atlet-atlet esukan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved