Connect with us

General

Team Bosskurr tersenarai pasukan popular Asia Tenggara

Published

on

Foto: Team Bosskurr

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan popular tempatan, Team Bosskurr berada di tangga kelapan bagi kategori Pasukan E-Sukan Popular Asia Tenggara, menurut Esports Charts.

Dalam satu laporan Esports Charts, Team Bosskurr mempunyai kira-kira 652,000 pengikut media sosial secara total walaupun hanya mempunyai akaun Facebook dan Instagram.

Team Bosskurr diasaskan pada November 2018 oleh Nureddy Nursal (Daddyhood), Faris Zakaria (Soloz), Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan), Andi Alfian Firman (Gripex), Herwin Baharuddin (Rush), Sopian Sultan ( Penjahat) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo).

Bermula dengan hanya satu skuad e-sukan Mobile Legends, organisasi Team Bosskurr kini sedang berkembang kepada beberapa e-sukan lain termasuk PUBG Mobile dan FIFA, di samping memberi tumpuan kepada segmen hiburan penstriman langsung di Facebook Gaming.

Sementara itu, mendahului carta tersebut berdasarkan jumlah pengikut di akaun rasmi media sosial adalah EVOS Esports yang mempunyai 6.3 juta pengikut setakat artikel itu ditulis pada 9 Oktober.

Kira-kira 4 juta dari jumlah keseluruhan pengikut media sosial EVOS Esports itu adalah dari akaun Instagramnya.

EVOS Esports sememangnya salah satu gergasi Asia Tenggara apabila ia meraih populariti luar biasa menerusi skuad Mobile Legends di Indonesia yang pernah memenangi kejuaraan dunia M1, pada akhir tahun 2019.

Jaguh dunia PUBG Mobile, Bigetron Esports pula berada di kedudukan keempat carta dengan kira-kira 2.3 juta pengikut.

Carta populariti itu juga menunjukkan ia didominasi organisasi-organisasi e-sukan yang berpangkalan di Indonesia.

Berikut adalah ranking penuh bagi Carta Pasukan E-Sukan Popular di Asia Tenggara:

  1. EVOS Esports (Indonesia) – 6.4 juta
  2. AURA Esports (Indonesia) – 5.8 juta
  3. RRQ (Indonesia) – 4.1 juta
  4. Bigetron Esports (Indonesia) – 2.3 juta
  5. Heavy (Vietnam) – 1.3 juta
  6. ONIC Esports – 1.1 juta
  7. POPS Bacon Time (Thailand) – 1 juta
  8. Buriram United Esports (Thailand) -913 ribu
  9. Team Bosskurr (Malaysia) – 652,000
  10. 10.Team Flash (Singapore) – 586,000

Pasukan e-sukan Asia Tenggara mempunyai ramai peminat

Menurut Esports Charts, permainan mudah alih dilihat sangat popular dalam kalangan pengguna di Asia.

“E-sukan mudah alih lebih mudah mendapat akses dan mendapat liputan luas dalam kalangan pemain.

“Berikutan populariti itu juga, kejohanan e-sukan mudah alih di Asia mudah menarik jutaan tontonan serentak kerana pasukan-pasukan mempunyai jumlah peminat yang banyak di rantau ini,” katanya dalam satu laporan.

Esports Charts adalah perkhidmatan analitik unik yang menganalisis perkembangan terkini pembangunan dan penstriman langsung e-sukan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved