Connect with us

General

Fredo buat kemunculan dalam iklan 100PLUS

Published

on

Foto: Tangkap layar video Facebook / 100PLUS Malaysia

KUALA LUMPUR – Pemain popular PUBG Mobile Asia Tenggara, Ahmad Fuad Razali (Fredo) membuat kemunculan istimewa dalam satu video iklan air minuman isotonik, 100 PLUS Malaysia pada semalam.

Dalam iklan berdurasi 30 saat itu, Fredo dilihat sedang berusaha untuk mendapatkan kemenangan dalam bermain permainan video.

Foto: Tangkap layar video Facebook / 100PLUS Malaysia

Berlatarbelakangkan kedai makan di tepi jalan, Fredo turut ditemani bersama dua individu sebagai watak sampingan dalam iklan itu.

Pada pertengahan iklan, Fredo dilihat letih dan hampir hilang fokus.

Iklan itu kemudiannya diteruskan dengan kedengaran suara latar seorang lelaki: “Jangan gentar. Sentiasa bersedia. Kembalikan keinginan. Hidratkan semula. Semarakkan semangat dirimu.”

Fredo terus melegakan tekak dengan sebotol air 100plus dan kembali bertenaga.

Foto: Tangkap layar video Facebook / 100PLUS Malaysia
Foto: Tangkap layar video Facebook / 100PLUS Malaysia

Iklan tersebut turut menampilkan pelakon TV dan Duta 100PLUS iaitu Mira Filzah, Syafiq Kyle dan lain-lain.

Foto: Facebook / 100PLUS Malaysia

Tonton video iklan 100Plus Fredo di sini:

Walaupun minat setiap individu berbeza, kita disatukan dengan semangat yang sama untuk meneruskan perjuangan. Aktifkan…

Posted by 100PLUS Malaysia on Thursday, 1 October 2020
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved