Connect with us

General

#EsportsBlueprint: Task force ditubuh, rangka Pelan Dasar E-Sukan Negara 2019-2023

Published

on

Satu pasukan khas (task force) telah ditubuhkan bagi merangka Pelan Dasar E-Sukan Negara 2019-2023.

Satu pasukan khas (task force) telah ditubuhkan bagi merangka Pelan Dasar E-Sukan Negara 2019-2023, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata dalam rangkaan pelan dasar tersebut turut berkait rapat dengan mengenal pasti infrastruktur yang perlu disediakan bagi memastikan e-sukan dapat diperluaskan kepada kawasan sasaran termasuk golongan luar bandar.

“Perincian perkara ini akan diumumkan pada bulan April apabila pelan dasar ini dibentangkan bagi tatapan umum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu sesi di Parlimen semalam.

Dalam sesi tersebut, Dr Ronald meminta Syed Saddiq untuk menjelaskan rancangan khusus Kementerian Belia dan Sukan mengenai penglibatan anak-anak muda di luar bandar untuk menceburi e-sukan.

Sebelum ini, Syed Saddiq berkata pasukan khas tersebut terdiri daripada penggiat e-sukan dan tokoh-tokoh industri e-sukan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved