Connect with us

General

Syed Saddiq padam ciapan berkaitan dengan abangnya dan ESM

Published

on

Foto: Facebook / Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memadam satu ciapan (tweet) yang berkaitan dengan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dan abangnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.

Berdasarkan pemerhatian WTM, ciapan yang dimuat naik pada malam Sabtu lalu tidak lagi kelihatan pada hari ini.

Ciapan tersebut adalah sebagai maklum balas kepada seorang pengguna Twitter @isasukeyell yang mempersoalkan kehadiran Syed Abdullah pada satu acara Peringkat Akhir bagi Pemilihan Atlet E-Sukan ke Sukan SEA sebagai kapasiti abang kepada seorang menteri.

Dalam ciapan balasnya, Syed Saddiq perkara itu (menggunakan abangnya untuk mendapatkannya) sangat menjelekkan dan mahu tindakan segera diambil.

“Wow. Ini sangat menjelekkan. Menggunakan abang saya untuk mendapatkan saya. 

“Tidak hairanlah ramai peminat e-sukan mengutuk pengendalian ESM. Saya mahu tindakan segera diambil.

“Saya mengeji kronisme dan mengheret abang saya (dalam situasi ini) adalah satu tindakan murah,” kata Syed Saddiq dalam satu ciapan balas itu.

Dalam ciapan yang sudah dipadamkan itu, Syed Saddiq turut menggesa pegawainya Luqman Long untuk mengambil tindakan dan memaklumkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

Sebelum ini, timbul persoalan kehadiran Syed Abdullah pada acara Grand Final itu yang berlangsung pada hujung minggu lalu apabila ESM memuat naik gambarnya di Facebook dengan kapsyen: “Yang Berusaha En Syed Abdullah, brother of (abang kepada) Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan.”

Namun catatan ESM di Facebook itu telah disunting dan Syed Abdullah juga telah menafikan dia dijemput untuk menghadiri acara tersebut.

BACA: Sukan SEA: Saya tidak dijemput, hanya sekadar menonton – Syed Abdullah

Syed Abdullah berkata kehadirannya pada acara tersebut adalah hanya sekadar menonton perlawanan dan memberi sokongan kepada e-sukan.

Pada Jumaat dan Sabtu lalu, satu majlis Grand Final Sesi Kelayakan Peringkat Akhir bagi Pemilihan Atlet E-Sukan ke Sukan SEA anjuran ESM telah berlangsung di Central i-City, Shah Alam, Selangor.

Ia merupakan sebahagian daripada acara pemilihan atlet ke Sukan SEA yang bakal bertempat di Filipina nanti pada November.

Sebanyak lima acara e-sukan dipertandingkan iaitu Defence of the Ancients (Dota 2), Starcraft II, Mobile Legends : Bang Bang, Arena of Valor dan Tekken 7.

Pusingan pemilihan tersebut dianjurkan ESM dan mendapat sokongan daripada KBS dan MSN.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved