Connect with us

SUKAN SEA 2019

#SukanSEA2019: Persiapan bootcamp akan diketahui Isnin ini

Published

on

MASTER RAMEN: Seharapnya selepas perbincangan nanti kita boleh muktamadkan segala perkara berkaitan bootcamp. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Persiapan latihan dan bootcamp bagi atlet-atlet e-sukan dijangka akan diketahui sepenuhnya pada Isnin ini.

Pengurus atlet e-sukan ke Sukan SEA, Firdaus Hashim (MasterRamen) berkata satu perjumpaan akan diadakan pada Isnin depan bagi membincangkan isu kontrak dan latihan bersama atlet-atlet untuk ke temasya sukan dwitahunan itu.

“Mengenai bootcamp, kita kena tunggu pada Isnin ini.

“Saya sudah berjumpa dengan beberapa atlet-atlet e-sukan dan ada yang meminta perkhidmatan jurulatih, mahu ke Korea untuk menjalani latihan dan sebagainya.

“Seharapnya selepas perbincangan nanti kita boleh muktamadkan segala perkara berkaitan bootcamp,” kata MasterRamen kepada What’s The Meta selepas menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan SEA ke-30 kali pertama di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), di sini, semalam.

Jelasnya mesyuarat itu adalah mengenai taklimat mengenai tanggungjawab pengurus dalam persediaan atlet ke Sukan SEA.

MasterRamen berkata satu mesyuarat pemilihan atlet akan diadakan bersama MOM pada Khamis depan untuk melakukan saringan sama atlet-atlet berkenaan layak atau tidak untuk menyertai Sukan SEA.

Sebanyak enam acara e-sukan dipertandingkan di Sukan SEA 2019, iaitu:

  • Defence of the Ancients (Dota 2)
  • Starcraft II
  • Mobile Legends: Bang Bang
  • Arena of Valor
  • Tekken 7
  • Hearthstone

Sukan SEA 2019 dijangka berlangsung pada November sehingga Disember nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved