Connect with us

General

SESA mulakan program pertukaran atlet e-sukan dengan Thailand

Published

on

Persatuan E-sukan Sarawak SESA dan Persatuan E-Sukan Miri (MESA) berpeluang untuk menyaksikan Acara Pembukaan Kompleks E-sukan Fokus Arena dan berkesempatan mengadakan majlis perbincangan bersama pihak e-sukan Thailand baru-baru ini.

PERSATUAN E-sukan Sarawak (SESA) telah memulakan program pertukaran atlet dengan Thailand bagi menumpukan peningkatan ekosistem dan pengetahuan dalam e-sukan.

Menurut Presiden SESA, Afiq Fadhli Narawi pihak Thailand menunjukkan minat dengan inisiatif SESA dan memandang kehadapan untuk memetarai perjanjian persefahaman pada masa akan datang.

“Kami ada melakukan beberapa pertukaran idea dan perbincangan mengenai Pembangunan E-Sukan Asia Tenggara terutama mengenai kemungkinan mengadakan kerjasama antara SESA dan pihak sukan elektronik di Thailand.

“Kerajaan Wilayah Khon Kaen dan kerajaan Sarawak juga berkongsikan inisiatif yang sama iaitu plan Pembangunan Smart City dan plan Pembangunan E-Sukan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Acara Pembukaan Kompleks E-sukan Fokus Arena baru-baru ini.

Dalam lawatan tersebut SESA dan Persatuan E-Sukan Miri (MESA) berpeluang mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar Wilayah Khon Kaen, Teerasak Teecayuphan, Pengarah Lembaga Pelancongan Thailand Cawangan Khon Kaen, Siriwan Seeharach, Ketua Pegawai Eksekutif Kompleks E-sukan Fokus Arena Ronakorn Kittisuwan serta komuniti dan pemain industri e-sukan Thailand.

Menurut Afiq, beliau dan pihak jawatankuasa SESA cukup berasa kagum dengan kompleks e-sukan tersebut, yang menyediakan fasiliti berkelas dunia kepada atlet e-sukan.

Jelasnya, Kompleks E-sukan Fokus Arena menumpukan beberapa elemen seperti E-Pendidikan, E-Sukan, E-Perniagaan, E-Pengetahuan dan E-Kompleks yang seiring dengan visi dan objektif SESA.

Lantaran itu, Afiq berkata SESA menyeru Kerajaan Negeri Sarawak untuk mempercepatkan penubuhan Hab E-Sukan Sarawak untuk merealisasikan inisiatif antara SESA dan pihak e-sukan Thailand.

“Hab E-Sukan Sarawak dapat menarik pelabur asing dalam e-sukan dan pelancongan e-sukan menerusi kejohanan antarabangsa dan program e-sukan berkelas dunia, katanya. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved