Connect with us

General

M8HEXA wakil Malaysia ke Piala Dunia AOV, rebut wang terkumpul RM 2 juta

Published

on

M8HEXA baru-baru ini menjadi juara bagi Acara Grand Final Pemilihan Altet E-Sukan ke Sukan SEA peringkat kebangsaan. - Foto Facebook / Esports Malaysia

PASUKAN Arena of Valor (AOV) tanah air M8HEXA bakal mewakili Malaysia untuk ke kejohanan paling berprestij dalam e-sukan itu, Piala Dunia (AWC) 2019.

M8HEXA yang baru-baru ini menjadi juara bagi Acara Grand Final Pemilihan Altet E-Sukan ke Sukan SEA peringkat kebangsaan, akan ke Da Nang Vietnam, bagi kejohanan AWC 2019.

Kejohanan tersebut turut menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2 juta secara keseluruhan.

Ia bakal menjadi buruan 12 pasukan terbaik dunia, termasuk dari Taipei, Thailand, Vietnam, Indonesia, Korea, Amerika Syarikat, Eropah, China dan Jepun.

Hadiah wang terkumpul bagi AWC itu termasuk kira-kira RM831,000 bagi juara, RM457,000 bagi naib juara dan RM207,000 bagi tempat ketiga dan tempat keempat.

Seperti yang diumumkan sebelum ini AWC 2019 bakal memperkenalkan mod “Global Ban Pick” (Global BP) di pusingan kalah mati.

BACA: Mod Global Ban Pick diperkenalkan

Global BP merupakan satu peraturan yang tidak membenarkan hero yang sama untuk bermain lebih dari satu kali dalam satu perlawanan permainan.

Bermaksud, hero yang digunakan dalam pusingan sebelum itu akan secara automatik dilarang untuk digunakan bagi pusingan yang seterusnya.

Kejohanan tahunan AWC dianjurkan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun lalu dan mencatatkan rekod 33 juta jumlah tontonan dengan 630,000 tontonan secara langsung di Asia Tenggara dan Taiwan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved