Connect with us

General

Serangan Christchurch: “Sangat jelik apabila nama saya disebut” – PewDiePie

Published

on

"Saya rasa sangat mual apabila nama saya disebut oleh orang itu (pengganas)." - Foto Instagram /@pewdiepie

Bintang pengulas permainan video popular YouTube Felix Arvid Ulf Kjellberg atau senang dikenali PewDiePie meluahkan rasa jelik terhadap tindakan pengganas yang menyebut namanya ketika melakukan satu serangan di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand.

“Saya rasa sangat mual apabila nama saya disebut oleh orang itu (pengganas).

“Ingatan saya untuk mangsa, keluarga dan semua yang terlibat dalam tragedi ini,”katanya dalam satu catatan Twitter.

Menurut laporan New Zealand Herald, dalam insiden tembakan rambang itu, kedengaran frasa “Subscribe to PewDiePie” diluahkan dalam satu video yang dipercayai dimuat naik pengganas tersebut, Brenton Tarrant sebelum melepaskan tembakan.

Sementara itu, stesen berita Televison New Zeland (TVNZ) melaporkan perdana menteri negara itu, Jacinda Ardern menyifatkan insiden itu sebagai satu serangan pengganas dan tahap keselamatan di Christchurch kini diletakkan di tahap tertinggi.

Pada Jumaat, berlaku insiden tembakan rambang pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbakan 49 nyawa.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang klip video serangan tersebut yang sebelum ini dilakukan secara penstriman langsung oleh pengganas.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved