Connect with us

General

LST tawar wang terkumpul lebih RM200,000

Published

on

Lebih RM200,000 hadiah terkumpul bakal menjadi rebutan pasukan-pasukan terbaik Asia Tenggara dalam kejohanan League of Legends SEA Tour (LST).

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, rakan rasmi penganjur LST, FunPlus Esports turut mengumumkan  juara bagi kejohanan LST itu turut akan dipilih sebagai satu-satunya wakil ke kejohanan major antarabangsa Mid-Season Invitational (Spring Split) dan  World Championship (Summer Split).

Beberapa pusingan kelayakan perlu dilalui pasukan-pasukan League of Legends di negara Thailand, Filipina, Malaysia dan Singapura sebelum merangkul kejuaraan tersebut iaitu:

  • Kelayakan Ranked Online (2-8 Mac)
  • Kelayakan Kebangsaan (bermula 10 Mac)
  • Minor Kebangsaan (tarikh akan diumum kelak.)

Sebanyak 64 pasukan telah berjaya melepasi Kelayakan Ranked Online pada Jumaat lalu termasuk 12 pasukan daripada Malaysia dan Singapura.

Summoners, thanks for your support to League of Legends SEA Tour (#LST)! Now the Ranked Online Qualifiers already…

Posted by League of Legends SEA TOUR on Friday, 8 March 2019

Mereka bakal beraksi dalam pusingan Kelayakan Kebangsaan yang menggunakan format Double Round Robin BO1 (Terbaik dalam 1 Perlawanan) dan empat pasukan teratas bakal bersaing dalam Minor Kebangsaan.

Pada peringkat Minor Kebangsaan nanti, empat pasukan teratas bagi setiap negara itu akan bersaing dalam format Penyingkiran BO3 (Terbaik dalam 3 Perlawanan) bagi menentukan siapa yang akan mewakili negara masing-masing dalam SEA Tour Spring/Summer Major. Dalam pusingan ini, hadiah wang terkumpul sebanyak RM40,000 ditawarkan.

Bagi maklumat lanjut mengenai kejohanan ini anda boleh layari laman web rasmi dan Facebook rasmi LST.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved