Connect with us

General

M8HEXA galas nama Malaysia ke kejohanan major AoV

Published

on


Setelah sekian lama harapan untuk melihat Malaysia beraksi di kejohanan major Arena of Valor (AoV) di peringkat antarabangsa, akhirnya ia dapat direalisasikan menerusi kejayaan pasukan tempatan M8HEXA yang melayakkan diri ke Grand Final ESL Clash of Nations semalam.

Pemilik pasukan M8HEXA, Gary Gan berkata kemenangan tersebut memang sangat bermakna bagi mereka setelah lebih setahun pasukan tersebut hanya sekadar meraih kedudukan tempat kedua dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

“Akhirnya kami menjadi pasukan e-sukan AOV pertama di Malaysia yang berjaya ke kejohanan major seperti ini.

“Bukan senang bagi kami untuk mencapai ke tahap ini memandangkan kebanyakkan pemain M8HEXA perlu mengimbangkan masa mereka antara kehidupan seharian, kerjaya dan menjalani latihan sebagai pemain kompetitif,” katanya ketika dihubungi WTM Today.

Jelasnya, sokongan tanpa henti daripada peminat juga menjadi motivasi kepada M8HEXA untuk merangkul kejuaraan itu.

“Sokongan peminat memang memaksa kami berusaha lebih keras,” katanya.

M8HEXA mara ke Grand Final ESL Clash of Nations selepas menewaskan Ikan Masin Esports 3-1 dalam final kelayakan Malaysia dan Singapura.

Mereka sebelum itu menewaskan Flash Vision  Esports 2-1 pada semi final.

ESL Clash of Nations AOV yang diadakan untuk mengangkat industri e-sukan di rantau Asia Tenggara itu, bakal berlangsung di Jakarta InternationaLExpo paa 29 – 31 Mac depan dan menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM200,000.

M8HEXA terdiri daripada: 

  • Howard “Seven” Yim
  • Ryon “ryo” Chan
  • Jeremy “Cat” Yong
  • Ray “Ray” Liu
  • Yung Chun “Kato” Tseng
  • Wei Kun “Kun” Tan
  • Kah Chun “Kc” Tam

Antara pencapaian M8HEXA dalam e-sukan AoV termasuk naib johan Valor Cup Malaysia 2018, naib johan Piala AoV Garena 2017 dan Top 16 Liga Valiant Realm 2017.

Foto: Facebook / ESL Asia

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved