Connect with us

General

ESM: “Flava memang layak”

Published

on

Flava dilantik Ketua Penerangan ESM - Foto Facebook / Flava

Pengulas e-sukan tanah air Muhammad Farouq Abdul Patah (Flava) kini dilantik sebagai Ketua Penerangan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM).

Perkara itu diumumkan dalam satu posting Facebook beliau semalam.

Menurut Flava, dia melihat berita pelantikan tersebut sebagai satu tanggungjawab untuk berbakti kepada komuniti e-sukan tanah air.

“Jika perkara ini (pelantikan) berlaku sejak beberapa tahun lalu, saya akan melompat dan meraikannya.

“Namun sekarang, saya melihatnya sebagai satu tanggungjawab. Kita akan meraikannya selepas kerja selesai,” katanya ketika dihubungi WTM Today.

Sementara itu, pelantikan Flava tersebut rata-rata disambut baik komuniti e-sukan apabila posting pengumumannya itu tersebut dihujani ucapan tahniah.

Bagi pengguna Facebook Aiman Faris, dia menyifatkan Flava sememangnya layak untuk mendapat posisi tersebut.

Ada juga menyifatkan pelantikan Flava itu dilihat memberi sinar baharu dalam arena e-sukan tempatan.

“Tahniah Flava! Akhirnya! Kita perlukan adiwira dalam ESM!” kata Harith Hilmi.

Fakhrul Rin turut senada denan Harith: “ Yay! Masa untuk masa depan e-sukan Malaysia!”


Flava merupakan graduan Komunikasi dan Psikologi Upper Iowa University (UIU) dan telah berkecimpung dalam industri e-sukan sejak enam tahun lalu sebagai hos, pengulas dan penganalisis e-sukan.

Memulakan karier e-sukan pada 2013 sebagai pengulas Dota 2, Flava telah merantau pelbagai lokasi dan mempunyai pengalaman mengulas bersama tokoh-tokoh e-sukan luar negara termasuk personaliti e-sukan terkemuka seperti Tobi “TOBIWAN” Dawson dan David “GodZ” Parker.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved