General
Saya kagum kesungguhan Syed Saddiq tarik pelabur ke Malaysia- CEO Razer
Kesungguhan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat meyakinkan pelabur.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas syarikat perisian dan permainan video multi-bilion dolar Razer, Min-Liang Tan pada semalam meluahkan rasa kagum dengan kesungguhan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Min-Liang berkata semangat dan kesungguhan Syed Saddiq memainkan peranan penting untuk meyakinkan Razer melabur di Malaysia.
“Saya telah bertemu dengan ramai menteri kanan di seluruh dunia tapi saya paling kagum dengan menteri muda Syed Saddiq.
“Menerusi beberapa perbincangan dalam tempoh yang singkat, kami komited untuk melabur dalam negara ini dan hari ini (semalam) satu pelancaran ibu pejabat baharu Razer di Kuala Lumpur telah diadakan.
“Saya bangga untuk menggelar Syed Saddiq sebagai sahabat dan saya berharap dapat melakukan lebih banyak lagi untuk negara ini pada masa akan datang,” katanya dalam satu posting di Facebook.
Semalam, satu pejabat baharu Razer telah dilancarkan di Kuala Lumpur.
Selain Min-Liang dan Syed Saddiq, pelancaran itu turut dihadiri Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Foto: Twitter / @SyedSaddiq