General
Saya pernah cuba nasib hantar email kepada CEO Razer – Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berbesar hati dengan pelancaran ibu pejabat baharu syarikat terkemuka aksesori e-sukan, Razer hari ini di negara ini.
“Saya pernah mencuba nasib untuk menghantar email kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Min-Liang Tan untuk melakukan pertemuan perbincangan pelaburan di Malaysia.
“Kami jumpa di Singapura dan kemudiannya di Malaysia.
“Hari ini, Razer secara rasmi melancarkan ibu pejabat baharu di Malaysia dan mempunyai 280 pekerja yang terdiri daripada anak muda tempatan,” katanya dalam satu ciapan hari ini.
Syed Saddiq dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menghadiri perasmian ibu pejabat baharu Razer di Malaysia yang bertempat di Bangsar South, Kuala Lumpur.