Connect with us

General

Vietnam tuan rumah Piala Dunia AOV 2019, mod Global Ban Pick diperkenalkan

Published

on

Kerjasama antara dua ekosistem permainan video terbesar di rantau Asia Tenggara dan dunia, Garena dan Tencent baru-baru ini mengumumkan Piala Dunia Arena of Valor (AWC) akan diadakan di Vietnam.

Dalam satu kenyataan, Garena turut mengumumkan mod kejohanan terbaharu bagi e-sukan tersebut, iaitu Global Ban Pick.

Bagaimana mod Global Ban Pick berfungsi?

Global BP merupakan satu peraturan yang tidak membenarkan hero yang sama untuk bermain lebih dari satu kali dalam satu perlawanan permainan.

Bermaksud, hero yang digunakan dalam pusingan sebelum itu akan secara automatik dilarang untuk digunakan bagi pusingan yang seterusnya.

Lihat gambar tersebut untuk pemahaman yang lebih jelas:

Secara umum, hero yang mempunyai kelebihan dalam meta kejohanan selalunya akan digunapakai berulang kali dalam perlawanan profesional.

Lantaran itu, pengenalan mod ini adalah dikatakan untuk mempelbagai pertukaran pemilihan hero dalam sesebuah kejohanan.

Menurut Garena, mod tersebut adalah pertama seumpamanya diperkenalkan di Asia Tenggara dan bakal digunapakai pada Pusingan Kalah Mati AWC 2019.

Pada tahun lalu, AOV International Cup 2018 mencatatkan rekod 42 juta tontonan di Asia Tenggara dan Taiwan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved