Connect with us

General

#SukanSEA2019: Pendaftaran pemilihan wakil negara acara e-sukan dibuka

Adakah anda bakal menjadi hero membawa pingat emas e-sukan untuk negara?

Published

on

Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) bakal mengadakan beberapa pusingan kelayakan bagi mencari wakil negara untuk acara e-sukan bagi Sukan Asia Tenggara (SEA) 2019 yang bakal berlangsung di Filipina nanti pada November.

Menurut ESM dalam satu kenyataan baru-baru ini, pusingan pemilihan atlet e-sukan itu akan terbahagi kepada tiga:

  • Kelayakan Negeri
  • Grand Final Kebangsaan
  • Bootcamp

“Format berkenaan direka khas oleh ESM untuk memberikan potensi secara maksimum dari segi penyertaan di semua peringkat termasuk akar umbi.

“Program pembangunan e-sukan kebangsaan pertama juga akan digilapkan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN),” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas ESM, pusingan pemilihan bagi peringkat negeri akan diadakan dalam format online dan offline, bergantung kepada persatuan negeri masing-masing.

Sebanyak lima e-sukan yang disahkan akan dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA iaitu:

  • Defence of the Ancients (Dota 2)
  • Starcraft II
  • Mobile Legends 
  • Arena of Valor
  • Tekken 7

Penyertaan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berusia 13 tahun ke atas.

Bagi mereka yang berminat boleh berdaftar di sini.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved