Connect with us

General

“Saya harap lepas main FIFA atau PES boleh jadi pemain Piala Dunia untuk Malaysia” – Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjawab persoalan sama ada PUBG patut diharamkan.

Published

on

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjawab persoalan sama ada PUBG patut diharamkan. Foto Twitter / @syedsaddiq

“Saya berdoa kalau saya bagus dalam FIFA atau PES, pada satu hari nanti siapa tahu saya boleh jadi pemain Piala Dunia untuk Malaysia, tetapi tidak.”

Itu antara jawapan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika menjawab persoalan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu sesi Parlimen semalam mengenai keperluan pengharaman permainan video yang menggalakkan keganasan.

Menurut Syed Saddiq yang memberikan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) sebagai contoh, terdapat lebih sejuta pemain PUBG di Malaysia yang terdiri daripada golongan anak muda dan dewasa.

Namun jelasnya, sehingga hari ini tiada yang cenderung melakukan keganasan atau gangsterisme.

“Kalau kita mengikut prinisp tersebut yang digunapakai  iaitu hanya kerana ada unsur keganasan yang dilakukan oleh beberapa pihak, kita harus mengharamkan beberapa permainan video, ia bermaksud kita harus mengharamkan permainan video yang lain.

“Contohnya permainan video Counter-Strike, Red Alert, atau Command & Conquer: General Zero Hour.

“Akhirnya kita cendurung untuk melakukan Perang Dunia kerana permainan tersebut yang juga berkait rapat dengan isu tersebut,” katanya ketika menjawab persoalan Ahmad Maslan itu.

Syed Saddiq berkata terdapat beberapa piawaian yang telah ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seperti “Gore Scene” (adegan berdarah dan keganasan) di mana hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja boleh bermain permainan video tersebut.

Dalam masa yang sama, Syed Saddiq juga berkata kerajaan perlu memastikan golongan anak muda di negara ini tidak ketagih untuk bermain permainan video.

Syed Saddiq turut mengulangi pendiriannya yang tidak setuju untuk mengharamkan permainan video PUBG dalam satu ciapannya pada malam tadi.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved