General
Rumble League: Team Daddy Bosskurr berentap 7 petang nanti, buru RM60,000

PERSONALITI e-sukan dari pasukan Team Bosskurr (Bosskurr) Nureddy Nursal (Daddy) bersama empat lagi pemain terbaik permainan mudah alih Rumble League bakal berentap dalam satu pertandingan SEA Slam pada jam tujuh petang nanti.
Daddy yang akan berganding dengan pemain Singapura Lustreless, Lifehunter, pemain Filipina Sweet[]MVP dan pemain Indonesia Exyre akan menentang pasukan yang diketuai personaliti e-sukan Filipina, RikuPH.
Kejohanan SEA Slam yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM60,000 mengumpulkan 32 pemain terbaik Rumble League di Asia Tenggara.
32 pemain tersebut telah dibahagikan kepada lapan pasukan yang akan diketuai personaliti-personaliti atau pempengaruh e-sukan dari Malaysia, Singapura dan Filipina.
Selain Daddy, pempengaruh yang terlibat termasuk pemain profesional e-sukan Faris Zakaria (Soloz) dan Firdaus Hashim (MasterRamen).
Daddy dan Firdaus Hashim berada dalam kumpulan A dan akan berentap pada hari ini, manakala Soloz yang berada di pasukan B akan bersaing pada esok.
Pada minggu ini merupakan saingan peringkat upper bracket SEA Slam dan akan berlangsung selama tiga hari.
Pusingan lower bracket pula akan berlangsung pada minggu depan. Sementara itu, final dijadualkan akan berlangsung pada 3 sehingga 5 September nanti.
Rumble League merupakan satu permainan berbentuk Battle Royale, yang melibatkan perlawanan 5v5 menentang pemain-pemain dari seluruh dunia.
Terdapat beberapa mod permainan disediakan termasuk mod Royale, Payload dan Control Zone.
Anda juga mencuba beberapa hero yang dikenali sebagai Superstars yang mempunyai skil tersendiri.

Anda boleh mencuba dan memuat turun permainan video tersebut di App Store dan Play Store.