Connect with us

General

RM4 juta jadi taruhan Auto Chess Invitational 2019

Published

on

RM 4 juta bakal jadi taruhan untuk kejohanan Auto Chess Invitational 2019 yang akan disertai 32 pemain dari seluruh dunia.

KEJOHANAN Auto Chess Invitational 2019 yang bakal diadakan pada Oktober di Shanghai, China nanti menyediakan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4 juta (AS$1 juta).

Dalam satu kenyataan media baru-baru ini, pihak penganjur turut mengumumkan kejohanan antarabangsa itu akan disertai 32 pemain dari seluruh dunia.

Jelasnya, sesi kelayakan di beberapa negara turut akan diadakan pada akhir Ogos sehingga September nanti.

Antara negara yang terlibat termasuk Korea Selatan, China dan Vietnam.

Sesi kelayakan peringkat Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Asia Pasific turut bakal diadakan.

Berikut adalah pembahagian slot bagi kejohanan Auto Chess Invitational 2019:

Dalam kenyataan yang sama, penganjur turut mengumumkan rakan rasmi bagi Auto Chess Invitational 2019 iaitu Imba!, GLL, ESforce, SIN Esports, LVP, FunEase, dan VNG yang berpengalaman dalam menganjur kejohanan LAN di peringkat antarabangsa bagi e-sukan CS:GO, Dota 2 dan PUBG.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved