Connect with us

General

Kekalahan minggu pertama, bukan kalah selamanya – Jepv

Published

on

2EZ4JEPV : Maaf. Jep sedang menunggu putera sulung Jepv, yang dijangka akan dilahirkan tidak lama lagi. - Foto fail What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR –  “Jaga ketahanan mental dan mutu persembahan! Jepv akan kembali,” itu kata-kata ringkas Kapten Geek Fam, Mohd Haqqani Jaafar (2ez4jepv) kepada rakan-rakan sepasukannya yang kini sedang berjuang untuk Liga Profesional Musim Keempat.

2ez4jepv berkata dia memohon maaf kerana perlu mengutamakan hal keluarganya dahulu ketika ini.

“Maaf. Jep sedang menunggu putera sulung Jepv, yang dijangka akan dilahirkan tidak lama lagi.

“Jep akan kembali semula untuk mengekalkan momentum kita seperti di MPL Musim Ketiga dengan meta (strategi) yang lebih baik. 

“Kita masih mempunyai baki perlawanan yang banyak lagi. Jaga mental dan mutu persembahan, Jepv akan kembali semula,” katanya ketika dihubungi What’s The Meta.

2ez4jepv berkata demikian ketika mengulas prestasi Geek Fam ketika ini yang berdepan dengan dua kekalahan berturut-turut pada minggu pertama MPL.

Geek Fam tewas kepada musuh tradisi EVOS Esports SG 0-2 dan juara MPL Musim Kedua, Axis Esports tanpa 2ez4jepv.

Sementara itu, 2ez4jepv juga berkata dia sangat menghargai sokongan peminat yang sentiasa bersama Geek Fam tatkala mereka menang atau kalah.

“Doakan kami supaya dipermudahkan urusan serta kekal dengan corak permainan yang terbaik bersama-sama dua pemain baharu kami.

“Kami akan lakukan kejutan kepada mereka yang sentiasa menyokong kami. Jepv sayang anda semua,” tambahnya.

Ketika ini Geek Fam berada di ranking ke-sembila liga selepas keputusan kekalahan bagi kedua-dua perlawanan tersebut.

Geek Fam bakal bertemu dengan jaguh Negeri Bawah Bayu, Sabah Top Player (STOP) pada minggu hadapan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved