Connect with us

General

Fiera tidak lagi bersama eGG Network

Published

on

Fiera Fendi berharap peminatnya masih menyokongnya meski dia memilih untuk tidak bersama eGG Network. - Foto Instagram/@fierafendi

KUALA LUMPUR – Pengacara dan hos e-sukan tanah air Fiera Fendi kini tidak lagi bersama dengan pihak pengurusan saluran e-sukan pertama di Asia Tenggara, Astro eGG Network dan memilih untuk bekerja bebas (freelance).

Fiera berkata meski dia tidak lagi bersama eGG Network, dia masih lagi akan aktif mengacara dalam bidang e-sukan.

“Saya memilih untuk freelance untuk ketika ini dan tidak terikat dengan mana-mana pengurusan buat masa ini.

“Teruskan menyokong saya sebagai Fiera Fendi walaupun saya tidak lagi bersama eGG Network!” katanya ketika dihubungi What’s The Meta.

Fiera juga berkata dia tidak akan melupakan perjalanannya bersama eGG Network.  

eGG Network akan sentiasa menjadi cinta pertama saya dalam e-sukan. Terima kasih untuk perjalanan selama satu tahun ini,” tambahnya.

Fiera pernah memegang watak Fatimah dalam satu siri web “Mata Kerbau”
di Saluran eGG Network.

Fiera sebelum ini pernah menjadi pengacara untuk beberapa acara terbesar e-sukan di rantau ini termasuk Piala Asia Tenggara Mobile Legends:Bang Bang 2019 di Filipina dan Grand Final Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Peringkat Asia Tenggara 2018.

Selain itu, Fiera juga pernah menjadi pengacara untuk Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia dan Singapura pada musim kedua dan ketiga.

Antara detik permulaan Fiera dalam bidang ini adalah apabila dia pernah membuat kemunculan dan memegang watak sebagai Fatimah dalam siri web Mata Kerbau di eGG Network.

Siri tersebut memaparkan perjalanan sekumpulan kawan untuk mencapai cita-cita dalam menjuarai kejohanan profesional e-sukan.

Mata Kerbau Official Trailer #1

**OFFICIAL TRAILER**Presenting the Official Trailer of 'Mata Kerbau' 🤩 A story of friendship & love! An original Mobile Legends Web Series premiering September 10th at 11:00am (MYT) on eGG Network! ✴ Check it out! ✴Don't forget to Like, Comment and Share it around! 🌟#everygoodgame #eGGNetwork #MPL #original #webseries #trailer #MataKerbau #friendship #mobilelegends #mlbb

Posted by eGG Network on Thursday, 6 September 2018

Susulan pengumuman Fiera, ramai peminat memberi kata-kata semangat dan sokongan dan mendoakan perjalanan Fiera selepas ini.

Pengguna Instagram @alex_khai_muhammad berkata: “Semoga berjaya dan selamat maju jaya Fiera. Kami akan sentiasa menyokong Fiera tidak kira apa yang Fiera lakukan!”

Sementara itu bagi @lawnavi, dia menyifatkan Fiera sebagai seorang wanita yang sentiasa memberikannya inspirasi.

“Saya sangat mengagumi Fiera. Dia memberikan inspirasi. Saya akan sentiasa menyokong Fiera.”

Bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan Fiera, boleh ikuti instagram @fierafendi dan Facebook Fiera Fendi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved