Connect with us

General

Bidadari Angel Bosskurr kini menjelma, mahu perkasa wanita dalam arena maya

Published

on

Angel Bosskurr mahu perpekstif baharu dan memperkasakan peranan wanita dalam e-sukan.

CYBERJAYA – Selepas mengumumkan cawangan antarabangsa pertama di Singapura semalam, organisasi e-sukan tanah air, Bosskurr Gaming (Bosskurr) hari ini memperkenalkan skuad wanita di bawah naungannya yang dikenali sebagai Angel Bosskurr.

Pengasas Bersama Angel Bosskurr Sharina Richie berkata kewujudan penubuhan skuad wanita ini adalah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penglibatan wanita dalam arena e-sukan.

“Kami mahu memberi perpekstif baharu dan memperkasakan peranan wanita dalam e-sukan. 

“Ketika ini memang banyak stigma mengenai pemain wanita apabila mereka bermain video atau melakukan penstriman langsung. Ada dalam kalangan orang ramai akan merendah-rendahkan kemampuan wanita.

“Tapi kami di Angel Bosskurr ingin menunjukkan ada masa depan bagi kaum Hawa dalam industri e-sukan ini, sama ada dalam bidang kompetitif atau sebagai pempengaruh,” katanya kepada What’s The Meta.

Menurut Sharina, penubuhan Angel Bosskurr sebagai satu organisasi dan pergerakan daripada wanita itu akan dibahagikan kepada dua kategori untuk ketika ini iaitu, kompetitif dan pempengaruh (influencer).

Berikut adalah pemain dan ahli-ahli Angel Bosskurr:

Kompetitif (PUBG Mobile)

  • Miss Farr
  • Baybee
  • Reen
  • Queen 

Pempengaruh (Influencer)

  • Fiera Fendi
  • Sharina Richie
  • Miza Mazlan
  • Susan Not 

Mengulas mengenai kewujudan Bahagian Pempengaruh, Sherina menegaskan bermain permainan video sebenarnya hanya sebahagian kecil dari hidup kita.

Lantaran itu jelasnya, objektif utama Angel Bosskurr adalah sebagai ejen untuk mengajak orang ramai mencapai cita-cita yang diimpikan disamping menyebarkan aura positif.

Angel atau bidadari melambangkan sesuatu yang positif dan kami mahu bersama-sama menyebarkan aura positif terutama menerusi program kembali kepada komuniti.

“Kami akan mengadakan beberapa program amal untuk berbakti semula kepada masyarakat.

“Contohnya, sebelum ini saya juga pernah mengadakan program amal bersama kanak-kanak Down Syndrome dan autisme kerana adik saya. Jadi saya juga mahu melakukan bersama-sama dengan Angel Bosskurr,” katanya.

Bagi anda yang ingin mengikuti rapat dan memberi sokongan kepada bidadari-bidadai ini, boleh ikuti mereka di Facebook Angel Bosskurr, Twitter Angel Bosskurr dan Instagram Angel Bosskurr.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved