Connect with us

General

KBS akan anjur Liga E-sukan Kebangsaan pada 2020 – Syed Saddiq

Published

on

Penganjuran liga itu adalah sebagai langkah awal perlaksanaan program pembangunan sukan yang akan disertai setiap negeri. - Foto fail / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan Liga Sukan Elektronik (E-Sukan) Kebangsaan pada tahun hadapan.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata penganjuran liga itu adalah sebagai langkah awal perlaksanaan program pembangunan sukan yang akan disertai setiap negeri di negara ini.

“Menerusi liga ini juga, sistem ranking pemain akan diwujudkan bagi mengenalpasti prestasi semasa pemain.

“Ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu kriteria pemilihan atlet untuk mewakili negara ke pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa,” kata Syed Saddiq.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dalam satu sesi Dewan Rakyat hari ini, yang meminta Syed Saddiq untuk menyatakan langkah-langkah dan status terkini rancangan untuk membangunkan bidang e-sukan di setiap negeri.

Syed Saddiq bagaimanapun tidak memperincikan berapa acara e-sukan yang akan dipertandingkan mengenai liga itu.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata Kerajaan Negeri Johor menerusi Majlis Sukan Negeri telah menyenaraikan Sukan Elektronik sebagai salah satu sukan yang akan dipertandingkan di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Di Sarawak pula, Syed Saddiq berkata KBS akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak bagi Kejohanan Sukan Elektronik Esports Tourism Visit Sarawak Year 2019 pada Disember nanti.

“Dengan penganjuran kejohanan-kejohanan ini, pihak kementerian berharap agar lebih ramai bakat baharu dapat dicungkil dari peringkat daerah dan negeri.

“Pihak KBS juga ingin mengalu-alukan penglibatan pihak kerajaan negeri pihak berkuasa tempatan, korporat dan persatuan NGO untuk turut terlibat sama dalam pembangunan ini secara menyeluruh dan lestari,” kata Syed Saddiq.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved