Connect with us

Sukan SEA

PUBG Mobile, Dota 2, Mobile Legends dipertandingkan dalam Razer Southeast Asian Invitational 2020

Published

on

Siapa bakal mewakili Malaysia?

BERIKUTAN kepesatan e-sukan ketika krisis COVID-19 melanda seluruh dunia, jenama gaya hidup global terkemuka bagi gamers, Razer, hari ini mengumumkan pelancaran kejohanan Razer Southeast Asian Invitational 2020. 

Razer Southeast Asian Invitational 2020 merupakan kejohanan pertama seumpamanya yang menyediakan platform persediaan bagi atlet-atlet dan persatuan-persatuan e-sukan bagi menghadapi Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Sebanyak tiga acara e-sukan yang akan dipertandingkan dalam Razer SEA Invitational 2020 iaitu,  PUBG Mobile, Mobile Legends dan Dota 2.

Ia akan dijalankan secara atas talian pada 22 Jun dan acara kemuncak grand final pada 3-5 Julai 2020.

10 negara Asia Tenggara yang akan menyertai kejohanan itu iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Pemilihan atlet-atlet e-sukan ke kejohanan itu akan dipilih menerusi sesi kelayakan dari pihak persatuan e-sukan masing-masing bermula Mei sehingga Jun 2020.

Razer Southeast Asian Invitational 2020 akan disiarkan secara langsung di YouTube, Facebook dan Twitch.

Pada Sukan SEA 2019 yang lalu, acara e-sukan Mobile Legends dan Dota 2 diwakili oleh:

Mobile Legends (Pingat Gangsa)

  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia)
  • Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan)
  • Izme Haqeem Hamsjid (Kaizer)
  • Muhammad Hazeem Onn (Scott)
  • Jamil Nurolla (Zaraki)
  • Mohd Faris Zakaria (Soloz)
  • Jurulatih: Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel)

Dota 2

  • Khoo Chong Xin (Ohaiyo)
  • Denise Danial Abdullah (Denise)
  • Bakri Anwar (Bakri)
  • Ahmad Rizqan Muzakkir Ahmad Nizam (Danny)
  • Mohd Helmy Ibrahim (Vexus)
  • Muhammad Naufal Osman (Nopal)
  • Jurulatih: Ahmad Syazwan Anuar (ADTR)

Bagi acara Razer Southeast Asian Invitational 2020, siapa yang akan mewakili Malaysia?

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved