Connect with us

Mobile Legends

#SukanSEA2019: Shopee Bosskurr harap ada peruntukan untuk penggemar e-sukan

Published

on

Shopee Boskurr muncul juara dalam Grand Final Acara Sesi Kelayakan Pemilihan Atlet E-Sukan ke Sukan SEA 2019 semalam - Foto WTM / Mariah Ahmad

SHAH ALAM – Pasukan Mobile Legends: Bang Bang (Mobile Legends) popular tanah air, Shopee Bosskurr memohon akan ada peruntukan yang sewajarnya bagi semua penggemar e-sukan di Malaysia.

Shopee Bosskurr berkata mereka juga mengharapkan pasukan-pasukan yang berpotensi dalam arena itu mendapat hak yang sepatutnya.

“Hari ini (semalam) merupakan pertembungan keluarga Bosskurr (Shopee Bosskurr dan Boss Pusher) dan kami berharap agar akan ada sekurang-kurangnya peruntukan untuk semua penggemar e-sukan di Malaysia.

“Kami juga berharap agar pasukan berpotensi seperti MoonChild (pasukan Mobile Legends di Sabah) mendapatkan hak yang sepatutnya. Demi keluarga,” kata Shopee Bosskur dalam satu kenyataan semalam.

BACA: Mobile Legends: Komuniti Sabah lancar ‘bantuan kilat’ untuk MoonChild

Shopee Bosskurr muncul sebagai juara Grand Final Acara Sesi Kelayakan Pemilihan Atlet E-Sukan ke Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Cental i-City, di sini, semalam.

Dalam acara itu, Shopee Bosskurr yang mewakili Wilayah Persekutuan Labuan menewaskan Boss Pusher dari Melaka dengan mata 3-0.

“Perlawanan pelengkap jadual bagi menghadapi Sukan SEA 2019. 

“Ekoran terlalu banyak kajian dilakukan ke atas pasukan kami, jadi kami memilih lebih kepada menyimpan strategi (dalam perlawanan).

“Jangan risau. Kami sudah pun memberikan sepenuhnya di pusingan kelayakan,” tambah Bosskurr.

Sebelum ini, Shopee Bosskurr dan Boss Pusher layak ke pusingan pemilihan bootcamp selepas berjaya melepasi kelayakan peringkat kebangsaan yang berlangsung pada 29 April dan 1 Mei lalu di The Pantheon, USJ, Subang Jaya.

https://www.facebook.com/wtmtoday/videos/389846708529180/

Kedua-dua pasukan tersebut perlu menjalani pemilihan bootcamp yang dijangka bermula pada Julai atau Ogos nanti.

Sesi Kelayakan Pemilihan Atlet E-Sukan ke Sukan SEA 2019 dianjurkan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dan mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN).

Sebanyak lima acara e-sukan akan dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA iaitu Defence of the Ancients (Dota 2), Starcraft II, Mobile Legends, Arena of Valor dan Tekken 7.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved