Connect with us

Mobile Legends

#SukanSEA2019: EVOS Esports antara harapan emas Singapura

Published

on

EVOS Esports memenangi tempat kedua dalam kejohanan Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Ketiga baru-baru ini. - Foto Facebook / U Mobile

SINGAPURA –  Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) Singapura, EVOS Esports (EVOS) antara menjadi harapan negara tersebut untuk meraih emas dalam Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Presiden Persatuan E-Sukan Singapura (SGEA) Ng Chong Geng berkata beliau percaya kontinjen Singapura termasuk EVOS mampu meraih sekurang-kurangnya tiga daripada lima acara e-sukan yang dipertandingkan dalam temasya sukan dwi-tahunan tersebut, lapor akhbar Singapura The Straits Times

Menurut Chong Geng, pihaknya kini sedang berusaha untuk menyediakan latihan, mencari jurulatih dan apa-apa bantuan berkaitan bagi membantu skuad berkenaan.

“Kami akan melihat lebih dalam lagi dalam pembangunan polisi dan peraturan untuk membantu pembangunan e-sukan,” katanya seperti dipetik dalam The Straits Times.

Tambah Chong Geng lagi, persatuan tersebut yang baru ditubuhkan pada November itu turut sedang bekerjasama rapat dengan syarikat telekomunikasi Singtel dan rakan e-sukan rasmi Sukan SEA, Razer.

Sementara itu, EVOS yang berjaya mewakili Singapura selepas mengalahkan NARA Esports SG dalam satu Grand Final pusingan kelayakan berkata mereka akan menggilapkan skil mereka menerusi tiga lagi kejohanan sebelum kejohanan Sukan SEA bermula pada 30 November nanti.

Kapten Mobile Legends EVOS Boon Wei Xing Robert berkata kejohanan berprestij tersebut akan menjadi penanda aras kemampuan pasukannya menentang pasukan-pasukan terbaik di rantau ini.

Jelasnya, pasukan dari Indonesia dan Filipina selalunya berlatih selama lapan jam sehari sementara EVOS hanya berlatih dua jam sehari apabila ada kejohanan terdekat.

“Selepas ini akan ada lebih banyak sesi latihan dan akan ada lebih intensif. Kami akan pastikan kami berlatih tiga sehingga empat jam sehari untuk enam hari seminggu dan kami akan lakukan apa yang patut.

“Ia akan jadi lebih mudah dengan bantuan SGEA menerusi sokongan yang diberikan,” kata pelajar jurusan sains farmaseutikal itu.

Selain MLBB, antara e-sukan yang dipertandingkan dalam Sukan SEA 2019 termasuk Defence of the Ancients (Dota 2), Starcraft II,  Arena of Valor dan Tekken 7.

Sukan SEA 2019 yang dijangka berlangsung pada 30 November sehingga 11 Disember nanti menganjurkan acara-acara e-sukan buat kali pertama.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved