Connect with us

General

PUBG: Caprice bakal daftar syarikat e-sukan hari ini

Published

on

Selain dikenali sebagai seorang selebriti, Caprice juga merupakan usahawan dan pengasas kepada aplikasi Mengaji.com, Classruum.com dan Umrahloka. - Foto Instagram / Caprice

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap tanah air Ariz Ramli (Caprice) dijangka akan mendaftarkan satu syarikat baharu dalam bidang e-sukan pada hari ini.

Dalam satu catatan di Instagramnya, Caprice juga mengajak pengikutnya di media sosial itu untuk memilih logo bagi syarikat tersebut.

Dia juga berkata uji bakat pencarian bakat PUBG bagi pasukannya akan diadakan pada Ogos nanti.

“Tolong, sekejap! Esok (hari ini) saya akan mendaftar syarikat baharu dalam bidang e-sukan.

“Tolong pilih logo yang anda rasa paling cantik.

“Uji bakat PUBG akan diadakan pada bulan depan,”kata Caprice.

Dalam catatan tersebut, Caprice memuat naik tiga pilihan logo “XDE HAL BRO ESPORTS.”

Antara gambar logo yang dimuat naik Caprice di Instagramnya.-
Foto Instagram / Caprice

BACA: Caprice mahu Fredo

Sebelum ini Caprice mengumumkan pihaknya sedang mencari pemain-pemain e-sukan PUBG dan menawarkan gaji antara RM3,000-RM5,000.

Caprice juga telah menetapkan tiga peraturan bagi setiap pemain yang mahu menyertai pasukannya, iaitu:

  1. Menjaga agamanya
  2. Menjaga ibunya
  3. Bawa balik Chicken Dinner (Menang perlawanan dalam PUBG)

“Selagi anda boleh melakukan ketiga-tiga perkara ini, pastinya kita boleh mengoncangkan industri e-sukan ini,” kata Caprice.

Selain dikenali sebagai seorang selebriti, Caprice juga merupakan usahawan dan pengasas kepada aplikasi Mengaji.comClassruum.com dan Umrahloka.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved