Connect with us

General

Honor of Kings: Wakil tunggal Malaysia, M8HEXA tersingkir dari WCG

Published

on

M8HEXA dilihat bermula dengan baik apabila berjaya menewaskan pasukan Brazil Geo dan BMGaming dari Amerika Syarikat dengan mata 2-0. - Foto Facebook / M8HEXA

SATU-satunya wakil Malaysia bagi e-sukan mudah alih Honor of Kings, M8HEXA tersingkir dari Kejohanan Permainan Video Siber Dunia (WCG) 2019 selepas tewas kepada pasukan China Dteam dan Vstar.

Dalam kejohanan tersebut, M8HEXA dilihat bermula dengan baik apabila berjaya menewaskan pasukan Brazil Geo dan BMGaming dari Amerika Syarikat dengan mata 2-0.

Walaubagaimana pun, M8HEXA terpaksa mengatur langkah keluar dari kejohanan tersebut selepas kalah kepada pasukan Dteam dan Vstar 0-2.

“Selepas kami gagal menewaskan pasukan-pasukan dari China, kami tersingkir dari kejohanan WCG.

“Minta maaf kerana mengecewakan sekali lagi,”kata M8HEXA dalam satu kenyataan.

WCG yang kini berlangsung di Xian, China merupakan satu festival e-sukan global yang melibatkan pasukan-pasukan e-sukan dari seluruh dunia.

Ia telah diperkenalkan sejak 2000 dan diiktiraf sebagai salah satu kejohanan e-sukan terbesar di dunia.

Beberapa e-sukan telah dipertandingkan pada tahun ini termasuk Clash Royale, Crossfire, Dota 2, Hearthstone, Honor of Kings, Warcraft III dan StarCraft II.

Bagi e-sukan Honor of Kings, ia menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM657,500 (AS$160,000) dengan juara akan membawa pulang sebanyak kira-kira RM328,000 (AS$80,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved